• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Akan Ambil Tindakan Terhadap Ulat Trafik

oleh Ahmad Albab
07/12/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah melantik mana-mana orang awam menjadi orang tengah bagi membolehkan orang ramai mendapatkan bayaran saman trafik yang lebih rendah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata orang awam yang ingin membuat bayaran saman, hanya boleh berbuat demikian melalui kaunter bayaran saman yang disediakan.

“Sehubungan itu, polis akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang bertindak menjadi ‘ulat trafik’ atau orang tengah yang mengambil wang daripada orang ramai untuk membayar saman.

“Polis akan ambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang cuba berbuat demikian. Polis akan menahan ulat-ulat ini kerana mengganggu ketenteraman awam,” katanya selepas menghadiri Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini malam ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan sebuah akhbar tempatan mengenai kehadiran orang tengah atau ‘ulat’ yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan diskaun bagi bayaran saman PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Majlis makan malam itu adalah bagi menghargai pengorbanan wira dalam Pasukan F yang juga skuad risikan yang mempertahankan negara daripada ancaman anasir subversif Parti Komunis Malaya. – BERNAMA

Tags: polis trafiksamanulat trafik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

Anggota Polis Trafik Hentikan Motosikal Selepas Terbabit Kemalangan, Bantu Mangsa – PDRM

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan seorang anggota polis trafik tidak memberhentikan motosikal ditunggangnya selepas ia bergesel dengan sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd