• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Tak Hadir Parlimen, Ahmad Maslan Anggap Isu 1MBD Selesai

oleh AK-47
17/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menggesa Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli supaya tidak meneruskan usaha untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan berkaitan itu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MBD).

Menurut Ahmad yang juga Ahli Parlimen (BN-Pontian), perkara itu telah pun selesai.

Hari ini, Rafizi tidak menghadiri Sidang Dewan Rakyat biarpun Yang diPertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah bersedia untuk membuat keputusan berkaitan perkara itu.

BACA – 1MDB : Tiada Surat Jaminan Jelas Selain RM5.8 Bilion

Ahmad sebelum itu telah menyerahkan semua dokumen berkaitan perkara itu kepada Pandikar Amin untuk menjawab segala tuduhan Rafizi yang mengatakan beliau cuba mengelirukan dewan berhubung kontroversi surat sokongan.

Menurut Pandikar Amin, Rafizi tidah menyerahkan pun dokumen yang diperlukan.

“Saya menganggap kes ini telah selesai dan menganggap pembangkang tidak berupaya untuk mempertahankan dakwaan (yang dibuat).

“Jika Rafizi sakit, saya berharap beliau segera sembuh supaya kita dapat menyelesaikan perkara ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parimen hari ini.

Pada 12 November lepas, Rafizi berkata Ahmad didapati mengeluarkan kenyataan mengelirukan apabila menafikan wujud sruat sokongan di dalam Parlimen tetapi mengakui kewujudan surat berkenaan ketika ditanya pemberita.

“Ahmad Maslan dalam Parlimen menafikan sekeras-kerasnya ada surat sokongan tersebut apabila ditanya.

“Bagaimanapun ketika ditanya media beliau mengakui adanya surat sokongan itu,” katanya sambil menunjukkan laporan akhbar The Edge yang menyiarkan mengenai kenyataan Ahmad itu.

Bertitik tolak dari situ lah, Rafizi bertindak mengutuskan sepucuk surat kepada Pandikar Amin untuk merujuk Ahmad ke jawatankuasa khas Parlimen itu.

“Kerana penafian Ahmad Maslan di Parlimen yang sudah dirakam dalam hansard, ada rekod dan bukti menunjukkan beliau mengelirukan Dewan.

“Dan kita pagi ini sudah hantar kepada speaker mengenai hal tersebut, ” katanya memetik laporan media pada 12 November. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: 1MDBParlimen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

Bawa Usul Hukuman Mati, Penjara Seumur Hidup Pemandu Mabuk Ke Parlimen – Akmal

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa kerajaan agar mempertimbangkan hukuman lebih berat termasuk hukuman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd