• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyakit Jantung Kekal Sebab Utama Kematian

oleh Ahmad Albab
05/12/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyakit jantung kekal sebagai sebab utama kematian di kalangan rakyat Malaysia sejak sepuluh tahun lepas (2005-2014) dengan mencatatkan 13.5 peratus kematian pada 2014 berdasarkan kajian Jabatan Perangkaan.

Dalam satu kenyataan mengenai perangkaan sebab kematian di Malaysia, jabatan itu berkata pneumonia pula dikenal pasti sebagai sebab kematian kedua tertinggi di negara ini dengan 12 peratus diikuti penyakit serebrovaskular (7.1 peratus), septisemia (6.1 peratus) dan kemalangan jalan raya (5.6 peratus)

Pada 2014, penyakit jantung atau juga dikenali sebagai penyakit jantung Iskemia juga disenarai sebab utama kematian di semua negeri kecuali Kedah, Pahang, Sabah dan Putrajaya.

Kajian menunjukkan bahawa kematian akibat penyakit jantung mencatatkan peratusan tertinggi bagi lelaki dengan 15.2 peratus manakala pneumonia pula mencatatkan peratusan tertinggi kematian di kalangan wanita pada 13.3 peratus.

Bagaimanapun, peratusan lima sebab utama kematian bagi lelaki dan wanita pada 2014 tetap tidak berubah dari 2013.

Kajian itu selanjutnya menunjukkan bahawa penyakit jantung menjadi sebab utama kematian bagi semua kumpulan etnik pada 2014, Bumiputera pada 13.1 peratus, kaum Cina (12.7 peratus) dan kaum India (18.1 peratus).

Pada 2013, peratusan ini lebih tinggi untuk semua kumpulan etnik dengan kaum Bumiputera mencatatkan 13.2 peratus kematian diikuti kaum Cina (13 peratus) dan kaum India (18.5 peratus).

Kajian itu juga mendapati bahawa penyakit jantung dikenal pasti sebagai sebab utama kematian bagi penduduk berumur 15 hingga 64 tahun dengan mencatatkan 13.8 peratus pada 2014 sementara pneumonia mencatatkan peratusan kematian tertinggi bagi penduduk berumur 65 tahun dan ke atas pada 17.3 peratus.

Jumlah kematian mengikut jantina pada 2014 menunjukkan 57.6 peratus kematian melibatkan lelaki dan 42.4 peratus wanita. – BERNAMA

Tags: Jantungkematiankesihatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

Kesihatan Mursyidul Am PAS Beransur Pulih

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden memaklumkan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin kini menunjukkan...

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

Ahmad Maslan Sindir Pengkritik?

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat menyindir pihak yang mengkritik cadangannya sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd