• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APM Awasi Kawasan Risiko Bah Lumpur & Tanah Runtuh

oleh Ahmad Albab
02/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Lebih 3,500 anggota dan pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang di seluruh negeri ini berada dalam keadaan siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kejadian banjir terutama di kawasan yang dikenal pasti berisiko berlaku banjir lumpur dan tanah runtuh.

Pengarahnya Kolonel (PA), Zainal Yusoff berkata sebagai persediaan, jabatan itu juga telah membuka pusat kawalan operasi bencana (PKOB) di ibu pejabat APM, di Jalan Beserah untuk memantau situasi semasa berikutan hujan lebat sejak beberapa hari lepas.

“Berdasarkan pengalaman banjir besar 2014, kita membuat persiapan lebih rapi bagi menghadapi musim tengkujuh kali ini termasuk dari segi latihan keanggotaan dan juga kelengkapan logistik.

“Pemantauan rapi dan rondaan juga dilakukan dari semasa ke semasa di kawasan-kawasan yang dikenal pasti berisiko untuk terjadi banjir lumpur seperti di Bukit Goh dan juga Taman Satelit bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail sebelum ini berkata terdapat 118 lokasi di Pahang berisiko menjadi lokasi bencana tanah runtuh jika berlaku hujan lebat berterusan yang berlaku sejak pertengahan November lepas.

Selain Bukit Goh, kebanyakan kawasan berkenaan terletak di sekitar daerah Maran, malah dua jalan utama di Lebuhraya Pantai Timur berhampiran kawasan Temerloh dan Jalan Umbai juga dijangka akan terputus hubungan.

Zainal berkata pihaknya juga membekukan cuti anggota yang terlibat sejak 15 Nov lepas sehingga 15 Jan depan untuk memastikan jabatan itu mempunyai keanggotaan yang mencukupi sepanjang musim tengkujuh.

Sementara itu katanya, sejak diberi tanggungjawab menjadi sekretariat pengurusan bencana peringkat daerah dan negeri pada tahun lepas, APM giat mempersiapkan anggotanya dengan pelbagai latihan menghadapi situasi bencana untuk memastikan sebarang operasi dapat dilakukan dengan lancar dan teratur.

“Pada masa kini di Pahang sahaja kita mempunyai sebanyak 35 buah bot, lapan buah lori, dan masing-masing 15 buah kenderaan pacuan empat roda serta ambulans yang sedia digunakan jika berlaku banjir.

“Selain itu, kita juga telah menubuhkan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) di peringkat komuniti dan melatih mereka cara-cara mengendalikan bot serta melakukan operasi pemindahan penduduk,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Bunyi Atas Siling Terjawab, APM Tangkap ‘Suspek’ Dalam 15 Minit

Misteri Bunyi Atas Siling Terjawab, APM Tangkap ‘Suspek’ Dalam 15 Minit

31/05/2026
0

KUALA SELANGOR – Misteri bunyi tapak kaki yang menghantui sebuah keluarga selama hampir dua minggu akhirnya terungkai apabila "suspek" yang...

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd