• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Adil Kepada Semua Kaum – Zahid Hamidi

oleh Ahmad Albab
02/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah melakukan pembahagian kompartmen sosial, sebaliknya sentiasa membela nasib semua kaum, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, Najib, selaku perdana menteri, sentiasa mencari jalan untuk mewujudkan kesatuan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri menyifatkan tindakan segelintir pihak yang melabelkan ucapan dasar presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 semalam sebagai membahagikan politik negara secara perkauman, adalah satu pandangan antagonis.

“Ia hanya analisis politik bersandarkan kepada kekecewaan. Saya fikir eloklah muhasabah diri,” katanya dalam sidang media bersama-sama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Ahmad Zahid yang juga menjalankan tugas timbalan presiden mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah yang mendakwa ucapan Najib mungkin boleh mengundang bencana perkauman di negara ini.

Mengulas perbahasan ucapan dasar presiden, beliau berkata kebanyakan isu yang dilontarkan para jurucakap menyentuh mengenai aspek kesetiaan kepada pemimpin selain kesatuan dalam kalangan anggota parti.

Ahmad Zahid berkata turut mendapat perhatian perwakilan adalah kesiapsiagaan parti dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) selain cabaran untuk menghadapi pelbagai fitnah dan tohmahan.

“Semangat jurucakap tahun ini berbeza dengan tahun sebelumnya, walaupun bergurau senda tapi mesej yang disampaikan padat dengan pesanan untuk kebersamaan dalam satu wadah, satu acuan,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin, yang juga pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Agung UMNO 2016, berkata semua jurucakap yang dipilih berjaya melontarkan hujah mereka mengikut garis panduan ditetapkan.

“Apa yang disampaikan datang daripada akar umbi, mereka mencuit dan membawa teguran ahli di peringkat bawahan dan ia merupakan satu cabaran (kepada para pemimpin),” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakrakyat MalaysiaZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

Rundingan Iran-AS Gagal, Adakah Rakyat Malaysia Sudah Bersedia?

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan rakyat Malaysia agar bersedia menghadapi kemungkinan ketidaktentuan global susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd