• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Usah Cetus Suasana Panik Sebar Berita Palsu

oleh AK-47
01/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan laman sosial dengan menyebar gambar dan berita yang tidak benar tentang keadaan banjir kerana ia boleh menyebabkan suasana panik dan cemas dalam kalangan penduduk di kawasan yang terlibat.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata keghairahan memuat naik berita yang tidak pasti kesahihannya juga boleh menimbulkan kesulitan kepada pihak berkuasa yang kini telah bersiap sedia jika terjadi bencana itu.

“Banjir merupakan satu perkara serius tidak boleh diambil mudah, jangan anggap ia sebagai satu pesta sehingga bertindak menyebarkan perkara yang tidak betul di laman sosial.

Saya ingin menasihati orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber yang benar terlebih dahulu sebelum bertindak memuat naik dan menyebarkan berita tentang kejadian banjir ini, jangan salah guna media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan acara penutup Forum Pemerkasaan Integriti Siri 5/2016 Peringkat Zon Timur di Ibu Pejabat JBPM Pahang di sini hari ini.

Forum yang diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia itu disertai oleh lebih 300 peserta daripada 27 agensi dan jabatan kerajaan dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Ia turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd. Jamil dan Mufti Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Dalam masa yang sama, Wan Mohd. Nor turut menasihati orang ramai terutama yang tinggal di kawasan berisiko banjir supaya sentiasa berhati-hati dan bersiap sedia untuk berpindah jika diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan semua anggota dan pegawai JBPM supaya sentiasa proaktif untuk memantapkan integriti dan menegakkan prinsip akauntabiliti bagi memastikan visi jabatan itu untuk menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi dapat direalisasikan.

Beliau berkata pihak jabatan sendiri telah mengambil langkah yang agresif dalam usaha memperkasakan integriti dalam segenap aspek tugasan dan lapisan hierarki organinasi termasuk dengan menubuhkan Unit Integriti JBPM. – BERNAMA

Tags: Banjirberita palsuDatuk Wan Mohd Nor IbrahimSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd