• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MRA Lancar Tabung Kemanusiaan Rohingnya

oleh Ahmad Albab
01/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysian Relief Agency (MRA) akan menyalurkan bantuan kewangan RM50,000 kepada etnik Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar yang sedang berdepan krisis kemanusiaan.

Presidennya, Datuk Abd Razak Kechik berkata MRA juga sudah mengatur langkah sewajarnya bagi menghantar bantuan dalam bentuk makanan dan bukan makanan ke kawasan yang dikenal pasti mempunyai jumlah pelarian yang ramai.

“Bantuan kewangan yang diperuntukkan bagi setiap keluarga adalah RM300 iaitu RM100 untuk membeli selimut manakala selebihnya bagi membeli keperluan asas lain termasuk makanan.

“Kami mendapati barang keperluan dan makanan di sana mencukupi namun mereka tidak mempunyai wang untuk membelinya, maka atas dasar itu kami membuat kutipan wang untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran ‘Tabung Bantuan Kemanusiaan Rohingya’ di sini hari ini.

Abd Razak berkata masalah kini semakin meruncing dengan musim sejuk yang bakal tiba tidak lama lagi dan mereka tidak dapat ke mana-mana untuk menyelamatkan nyawa masing-masing.

Menurutnya, bantuan tersebut akan disalurkan melalui rakyat Myanmar beragama Islam di sana yang bebas bergerak di kawasan itu berikutan pintu masuk ke wilayah berkenaan dikawal ketat oleh kerajaan Myanmar.

Sementara itu, majlis hari ini menyasarkan kutipan kira-kira RM500,000 dan orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan ke ‘Tabung Bantuan Kemanusiaan Rohingya’ atas nama Malaysian Relief Agency, di nombor akaun 564098206365 (Maybank). – BERNAMA

Tags: bantuanRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

JPJ Perak Sita Kenderaan Dipandu Warga Asing Dalam Operasi Khas

12/06/2026
0

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mempergiat tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Pemandu Warga Asing bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd