• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Serah Semula Kitab Bible Yang Dirampas

oleh Ahmad Albab
16/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor hari ini memulangkan semula kitab Bible yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 2 Jan lepas kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata kesemua 351 kitab Bible yang mengandungi kalimah ‘Allah’ itu diserahkan kepada Pengerusi Persatuan Gereja Sarawak (ACS), Datuk Bolly Lapok.

Majlis penyerahan itu turut disaksikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang.

Ia turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammad Khusrin Munawi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa, Pengerusi BSM, Lee Min Choon, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, dan Pengerusi Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad.

“Saya mengucapkan penghargaan tertinggi kepada Sultan Sultan atas pandangan jauh dan inisiatif baginda dalam mencari cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Mohamed Azmin dalam kenyataan di sini.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negeri Selangor walaupun kebebasan beragama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Bagaimanapun sentimen pelampau (extremism), provokasi kaum dan fanatik agama tidak akan menjadi sebahagian daripada pentadbiran negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Adzib berkata pemulangan itu dibuat selepas Mais mengadakan rundingan dengan Majlis Dewan Diraja Selangor selain mengambil kira titah perintah Sultan Selangor.

Bagaimanapun, katanya, pemulangan kitab Bible itu dibuat dengan syarat bahawa kitab tersebut tidak boleh diedarkan di negeri Selangor dan hanya boleh digunakan oleh penganut agama Kristian di Sarawak sahaja.

Sebarang aktiviti pencetakan kitab Bible itu turut dilarang di negeri ini, katanya dalam kenyataan selepas majlis itu.

Jais sebelum ini menyerbu pejabat PBM di Damansara Kim, Petaling Jaya dan merampas lebih 300 kitab Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban sebagai langkah menyekat penggunaan kalimah ‘Allah’ di dalam Bible.

Rampasan itu dibuat mengikut undang-undang di bawah Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. – BERNAMA

serah semula

Tags: bible
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

4 Warga Finland Edar Pen & Risalah Bible Dihantar Pulang

26/11/2018
0

ALOR SETAR - Empat warga Finland yang ditahan kerana disyaki mengedar pen dan buku tertera pernyataan Bible di Langkawi, Selasa...

4 Warga Finland Edar Pen, Risalah Bible Di Langkawi

21/11/2018
0

LANGKAWI - Polis menahan empat warga Finland di sebuah hotel di sini semalam untuk siasatan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd