• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Warga Finland Edar Pen, Risalah Bible Di Langkawi

oleh Ahmad Albab
21/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Polis menahan empat warga Finland di sebuah hotel di sini semalam untuk siasatan di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Kanun Keseksaan selepas disyaki mengedar pen dan buku tertera pernyataan dari bible di kawasan awam di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan tangkapan itu hari ini berkata kesemua suspek, berumur antara 27 dan 60 tahun itu ditahan sepasukan polis diketuai Insp. Alex Pang Tak Fatt di sebuah bilik hotel itu pukul 5 petang semalam.

Semasa ditangkap, polis menemui 47 batang pen dan 336 naskah buku kecil yang mengandungi kenyataan-kenyataan yang dipetik dari bible yang dipercayai cuba diedarkan kepada orang ramai di sini.

“Tangkapan ini dibuat susulan tiga laporan polis yang kami terima daripada orang ramai berhubung kegiatan suspek berkenaan yang berada di sini sejak 18 November lepas,” katanya kepada media di sini.

Menurutnya, polis telah memohon perintah reman ke atas kesemua suspek bagi meneruskan siasatan di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, kerana melanggar syarat imigresen yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Siasatan ke atas mereka turut melibatkan Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni atau memudaratkan, dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara antara dua dan lima tahun. – BERNAMA

Tags: bibleLangkawi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd