• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dikecam Hadiri Pengebumian Nenek Bangsa Cina

oleh AK-47
29/11/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA kerana menghadiri majlis pengebumian neneknya yang berbangsa Cina, pelawak Johan dan isterinya, Ozlynwaty teruk dikecam segelintir netizen.

Netizen yang mungkin jumud pemikirannya itu mendakwa perbuatan pasangan suami isteri itu boleh menggugat akidah mereka sebagai seorang yang beragama Islam.

Dikecam Hadiri Pengebumian Nenek Bangsa Cina

Dalam ajaran agama Islam sendiri tidak menghalang mana-mana orang Muslim untuk menziarahi pengebumian orang bukan Islam asalkan tidak mengikut upacara keagamaan dan kerohanian agama lain.

Jelas kecewa dengan tuduhan netizen, Johan kemudian memuat naik satu gambar memaparkan pesanan ibunya yang merupakan seorang mualaf, “bagitau dorang, walaupun mak pernah makan babi, mak tak bodoh dan mak juga tak pandai. And until now mak masih still belajar agama.”

“Islam bukan agama yang menghukum tapi Islam itu ada hukumnya,” kata ibu penyampai radio Era itu lagi.

Mak buat muka happy walaupon hanya kami je yg tau perasaan dia.. mak ckp terima kasih pada semua yg ucap takziah.. x lupa jugak pada yg kecam.. mak ckp “bgtau dorg, walaupon mak penah makan babi.. mak x bodoh.. dan mak jugak x pandai.. n until now mak still belajar agama.. smp mak ckp ” islam bkn agama yg menghukum tp islam itu ada hukumnya” utk pengetahuan korg.. family cina kami ramai yg ada ig.. n mereka baca semua komen.. sampai ada yg sedih.. pls la jgn buat malu.. kami walaupon berlainan agama hubungan kami sgt rapat.. smp balik raya cina babi pon xde atas meja sb respect kami..so kita yg satu agama ni jgn asik nak bertelagah dan mencari kesalahan org lain…Fikir yg baik2 #bilahatisudahhitam #xmakanbabitapiperangaimcm

A photo posted by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on Nov 24, 2016 at 4:30am PST

Menurut Johan lagi, walaupun berlainan agama namun hubungannya dengan ahli keluarga sebelah ibunya itu sangat rapat.

Malahan mereka yang beragama Buddha akan sentiasa menghormati mereka sekeluarga yang beragama Islam dengan tidak menghidangkan hidangan berasaskan daging babi sekiranya mereka sekeluarga berkumpul terutama sekali ketika sambutan Tahun Baharu Cina.

Johan juga sempat berpesan buat semua peminatnya, “Kita yang satu agama ni jangan asyik nak bertelagah dan mencari kesalahan orang lain. Fikir yang baik-baik.” – MYNEWSHUB.CC

Tags: JohankematianmyArtispelawakselebriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

14 Kanak-Kanak Ditahan Sebabkan Kematian Seorang Remaja

04/05/2025
0

LONDON - Seramai 14 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 14 tahun ditahan atas dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat selepas seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd