• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Jadikan Budaya Barat Acuan Masa Depan Negara

oleh
27/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Golongan muda khususnya mahasiswa diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dan membawa masuk budaya Barat untuk dijadikan acuan dalam mencorakkan masa depan negara, kata Timbalan Perdana Menteri.

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun sesuatu perkara itu dianggap baik di Barat, namun tidak semestinya ia sesuai diguna pakai di negara ini.

“Mungkin ada yang boleh kita pinjam untuk pakai dalam sistem kita, tetapi untuk memaksa sistem luar seratus peratus dijadikan acuan negara, mungkin tidak sesuai.

“Wajah dan rupa negara bukan boleh dicorak orang luar, kita yang perlu berikan wajah sebenar. Kita tidak izinkan orang lain untuk mencorakkannya, hanya kita sahaja yang boleh mencorakkan masa depan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional (Pemanas) 4.0 sempena Perhimpunan Agung UMNO, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas timbalan presiden berkata golongan mahasiswa dalam dan luar negara perlu sentiasa berwaspada dengan aspek negatif dari barat yang mengenepikan hukum agama, nilai ketimuran serta mampu merosakkan institusi sosial.

Beliau berkata ini kerana ada yang cenderung menjadikan nilai-nilai negatif sebagai acuan di negara ini kerana menganggap nilai ketimuran merupakan sesuatu yang jumud atau konvensional.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pandangan berbeza yang diutarakan generasi muda perlu diambil kira kerana golongan itu berada di garisan hadapan masyarakat dan dekat dengan denyut nadi rakyat.

Mengulas mengenai Pemanas, beliau berkata persidangan itu yang memasuki tahun keempat penganjurannya merupakan platform terbaik di luar suasana akademik di kampus yang boleh digunakan untuk generasi muda melontar pandangan dan mengupas isu semasa. – BERNAMA

Tags: Budaya BaratmahasiswaPEMANAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

KARISMA Semarakkan Kepimpinan Mahasiswa

KARISMA Semarakkan Kepimpinan Mahasiswa

10/03/2024
0

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengadakan Permukiman Siswa dan Latihan Kepimpinan Muda Kebangsaan (KARISMA) di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd