• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaria: Kempen Kebersihan Di Tanah Orang Asli

oleh Ahmad Albab
26/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan melaksanakan program kebersihan besar-besaran di semua penempatan Orang Asli seluruh negara bagi mencegah penularan penyakit bawaan nyamuk khususnya malaria.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kempen itu diadakan bagi memastikan penempatan Orang Asli adalah bebas daripada penyakit bawaan nyamuk seperti malaria yang berlaku di penempatan Orang Asli Pos Kemar, Perak.

“Kita masih belum menerima laporan lengkap daripada Kementerian Kesihatan mengenai punca penyakit itu setakat ini, namun saya telah membawa perkara ini ke mesyuarat Kabinet.

“Bagaimanapun, umum mengetahui penyakit malaria berkaitan dengan nyamuk dan boleh dicegah jika aspek kebersihan diutamakan bagi memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Karnival BeSkills anjuran GiatMara di dewan Majlis Daerah Bera di sini, hari ini, yang mendapat lebih 400 penyertaan daripada pelatih dan pengajar pusat kemahiran itu.

Beliau menambah kempen kebersihan itu antara lain akan melibatkan program gotong-royong dengan kerjasama agensi lain, khususnya Kementerian Kesihatan bagi memberi penerangan bahaya penyakit bawaan nyamuk dan cara mencegahnya.

“Saya juga telah bercakap dengan Menteri Kesihatan (Datuk Seri S. Subramaniam) untuk mendapatkan kerjasama kementerian itu,” katanya.

Setakat semalam, jumlah pesakit daripada penempatan yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Ipoh itu meningkat kepada 73 berbanding 66 pada hari sebelumnya dan mereka menerima rawatan di Hospital Gerik dan Hospital Kuala Kangsar.

Pengarah Jabatan Kesihatan Perak Datuk Dr Juita Ghazalie berkata jumlah kes positif malaria yang dikesan di Pos Kemar juga meningkat daripada 71 pada Khamis kepada 77 setakat semalam dengan Kampung Senangit mencatat kes terbanyak iaitu 61 kes.

Kampung Lediua dan Kampung Rantau masing-masing mencatatkan lima kes; Kampung Akei (4) dan masing-masing satu di Kampung Katog serta Kampung Ralak.

Kes malaria spesies Plasmodium Vivax (P Vivax) mula dikesan di Pos Kemar pada 16 November lalu selepas tiga penduduk di penempatan itu disahkan positif. – BERNAMA

Tags: malariaOrang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

Bangsa Johor Bekerja Sebagai Satu Pasukan: “We Are Colourblind” – Onn Hafiz

26/06/2026
0

YONG PENG - Bangsa Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum Melayu, India, Cina, Orang Asli tidak rasis dan bekerja sebagai...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd