• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tersangkut Di Ampaian Flat, Warga Emas Terselamat Maut

oleh AK-47
24/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERPANTANG maut sebelum ajal. Itulah yang dihadapi oleh seorang warga emas dari China apabila ‘diselamatkan’ oleh ampaian selepas terjatuh dari balkoni kediamannya.

Dalam kejadian pada 22 November lalu, mangsa berusia 90 tahun itu tersangkut di ampaian tingkat tiga bangunan kediamannya di Wuhu, wilayah Anhui.

Menurut sebuah laman berita tempatan negara itu, ketika kejadian mangsa ditemani oleh dua jirannya sehingga bantuan kecemasan tiba.

Beberapa keping gambar warga emas itu terjuntai secara terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki tersangkut di ampaian tingkat tiga bangunan berkenaan juga tersebar di laman sesawang.

Tersangkut Di Ampaian Flat, Warga Emas Terselamat Maut

Tersangkut Di Ampaian Flat, Warga Emas Terselamat Maut

Beberapa netizen yang kebetulan melalui kawasan kejadian cuba memanjat balkoni bangunan tersebut dengan tujuan untuk membantu mangsa.

Mangsa diselamatkan oleh pasukan bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Namun tiada kecederaan serius yang dialaminya.

Manakala foto yang tersebar pula mengundang pelbagai reaksi daripada netizen setelah dimuat naik di laman ifeng.com.

Salah seorang daripada mereka berkata, “Ampaian itu berkualiti tinggi.”

Manakala seorang lagi menulis, “Seperti peribahasa Cina berkata, jiran yang baik adalah lebih baik daripada saudara-mara yang jauh.”

Dan seorang lagi pengguna berkata, “Adakah warga emas itu belajar kung fu sewaktu dia muda,” soalnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ampaianbalkoniterjatuhwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd