• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawatan PM Punca Penyandang Diserang, Difitnah – Annuar

oleh Ahmad Albab
24/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sesiapa sahaja yang memegang jawatan Perdana Menteri tidak akan terlepas daripada serangan pelbagai pihak, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata jawatan nombor satu negara itu yang kebiasaannya disandang Presiden UMNO, mengakibatkan penyandangnya sering difitnah dan berhadapan dengan politik kebencian.

Katanya serangan itu bukanlah perkara baharu, malah telah berlaku sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad memegang kedua-dua jawatan berkenaan.

Tohmahan dan serangan serupa berlaku ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui pemerintahan negara dan wujud usaha-usaha menanam kebencian dan menjatuhkan beliau.

“Lepas dua tahun (Abdullah memerintah), orang mula tanam benci kepadanya. Tiba-tiba semua tak kena (dan) akhirnya luka. Tukar orang lain yang lebih muda, berkarisma dan tegas…popular sekejap tapi sekarang dia pula kena serang,” katanya dalam temu bual dengan Bernama menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2016 di pejabatnya di sini.

Melihat kepada landskap politik negara, usaha merebut jawatan Perdana Menteri berlaku amat jelas sejak pilihan raya umum 2008 berikutan angan-angan pembangkang menawan Putrajaya.

Mengulas lanjut, Annuar berkata sejak itu banyak politik kebencian dan kempen fitnah yang ditanam kepada rakyat bagi menjatuhkan sesiapa sahaja yang memegang jawatan perdana menteri.

“Perkara-perkara ini dirancang kerana perebutan kuasa, belum tentu benda yang dibawa itu adalah kebenaran.

“Selain itu, dengan adanya media baharu, ia memberi kelebihan kepada pembangkang sebab mereka menggunakan sepenuhnya,” kata beliau.

Mengambil contoh Datuk Seri Najib Tun Razak, Annuar berkata pemimpin itu seolah-olah ‘tidak diendahkan’ apabila memegang pelbagai jawatan menteri, Ketua Pemuda UMNO sehinggalah menjadi Timbalan Presiden UMNO.

“Tapi bila dia mula duduk di situ (memegang jawatan Perdana Menteri), pelbagai serangan dan fitnah mula datang.

“Jadi, pada saya sentiasalah lihat pada sejarah dan saya yakin sekalipun kita turunkan Najib dan gantikan dengan sesiapa sahaja, mereka tetap akan hadapi kecaman yang sama,” tegasnya. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaJawatanPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - “Budak yang PMX sebut ini, kita orang kat Johor dah kenal sangat dah. Budak itulah yang selalu...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd