• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teguran Ketua Audit Negara Akan Dibawa Kepada PAC

oleh AK-47
23/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Beberapa teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara berhubung aktiviti kawal selia sumber air di Selangor akan dibawa kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata ia bagi membolehkan jawatankuasa itu melihat usaha-usaha penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap setiap kelemahan yang ada.

“Kerajaan negeri memang telah ambil pendirian dari dulu lagi setiap teguran dibuat oleh Ketua Audit Negara akan kita tangani supaya ia tidak berulang dan dapat meningkatkan keefisienan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penutupan Majlis Multaqa Guru-Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Negeri Selangor 2016 di sini, hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2 mendapati beberapa kelemahan menjejaskan keberkesanan pelaksanaan aktiviti kawal selia sumber air di Selangor, seperti insiden henti tugas loji rawatan air disebabkan sumber air mentah tercemar akibat ammonia, kerja tanah dan tumpahan minyak.

Selain itu, Lembaga Urus Air Selangor didapati tidak menjalankan kerja-kerja menyukat kadar alir sungai-sungai utama untuk menentukan ketersediaan sumber air sungai pada sesuatu masa tertentu.

Kelemahan berkenaan dikesan dalam pengauditan yang dijalankan di antara Oktober 2015 sehingga Mei 2016. – BERNAMA

Tags: PAC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

‘Adakah Sebab Saya Menteri Dari DAP?’ – Loke Bidas Pengerusi PAC

05/02/2025
0

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mempersoal tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk memanggil beliau susulan dakwaan kerugian RM500 juta...

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

PAC Dedah Kabinet Lulus Dua Sistem Pengurusan Pekerja Asing Laksana Fungsi Sama

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2015 meluluskan dua sistem pengurusan pekerja asing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd