• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AFF: Kekalkan Semangat Juang Harungi Aksi Seterusnya

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu skuad bola sepak negara di Piala AFF Suzuki mengekalkan semangat juang yang ditampilkan ketika menewaskan Kemboja 3-2, apabila berdepan Vietnam, Rabu ini.

Pada masa sama, Khairy berharap barisan pertahanan negara dapat dimantapkan lagi agar skuad Harimau Malaysia dapat sekurang-kurangnya memperoleh satu mata berdepan juara 2008 itu, bagi memudahkan laluan ke separuh akhir.

“Saya ucapkan tahniah kepada Harimau Malaysia. Ia satu kemenangan yang walaupun sukar dicapai, akhirnya dapat disempurnakan juga.

“Namun saya harap (jurulatih) Datuk Ong Kim Swee dapat menyediakan pemain menghadapi cabaran yang lebih besar menentang pasukan pilihan Vietnam nanti,” katanya.

Beliau diminta mengulas persembahan skuad negara selepas merasmikan Jelajah Kampus Rakan Muda 2016 di Universiti Pendidikan Sultan Idris kampus Sultan Abdul Jalil di sini hari ini.

Pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar, semalam Malaysia bangkit dua kali sebelum menang 3-2 ke atas Kemboja manakala Vietnam menewaskan tuan rumah 2-1.

Mengulas lanjut, Khairy berkata dua gol mudah yang diberikan kepada Kemboja tidak sepatutnya berlaku sekiranya skuad Harimau Malaysia lebih berwaspada mengawal pergerakan lawan.

Oleh itu, beliau mahu Kim Swee memperbaiki mutu permainan anak buahnya menjelang pertemuan menentang Vietnam kerana lawan itu mempamerkan rentak yang pantas semasa menentang Myanmar.

Beliau turut berharap skuad Harimau Malaysia mampu sekurang-kurangnya menyamai pencapaian pada edisi lalu dengan mara ke pentas akhir dalam kejohanan bola sepak serantau itu. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd