• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon SPM Ditahan Di Jertih Terlibat Kes Dadah

oleh
20/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terpaksa menyelesaikan peperiksaan SPM di dalam lokap bila dia dikenakan tahanan reman tujuh hari kerana terlibat dalam kes dadah.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata pelajar itu ditahan di Jerteh Rabu lepas ketika sedang asyik membungkus pelbagai jenis dadah, dianggarkan berjumlah RM23,450 di sebuah rumah tidak bernombor.

Mohd Zamri berkata pelajar itu ditahan di sebuah rumah tanpa nombor kira-kira jam 7.15 petang ketika berseorangan dalam sebuah bilik.

“Suspek terkejut apabila melihat kehadiran polis dan dilihat telah mencampakkan sebuah bungkusan melalui jendela sebelum ditahan”, kata Mohd Zamri dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di sini hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan terhadap bungkusan yang dibuang itu polis menemui 130 biji pil kuda dan beberapa peket dadah lagi dalam sebuah mesin kelapa.

Pelajar berkenaan direman mulai tarikh ia ditahan.

Dalam pada itu, empat suspek lagi ditahan di pelbagai tempat termasuk di dalam sebuah kereta dan di rumah, pada 16, 17 dan 18 November.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: dadahSPM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd