• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Sabah Jangan Terikut Budaya Demo Jalanan

oleh
21/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUDAT – Penduduk Sabah diminta tidak terikut-ikut dengan budaya demonstrasi jalanan yang tidak membawa manfaat, sebaliknya menyusahkan banyak pihak terutamanya golongan peniaga, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

“Tidak perlu kita terikut-ikut demonstrasi jalanan kerana kita mempunyai saluran yang terbaik untuk menyuarakan apa juga bantahan atau masalah rakyat melalui proses demokrasi iaitu pilihan raya akan datang,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Momogun Rungus Malaysia (PMRM), di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengajak penduduk Sabah yang berbilang bangsa supaya terus bersatu padu bagi memastikan negeri ini terus berada dalam keadaan aman damai, sekali gus mewujudkan suasana kondusif bagi memajukan lagi negeri ini.

Mengenai majlis itu, Salleh berkata PMRM yang ditubuhkan sejak dua tahun lepas bukan sahaja dapat memelihara kesenian dan kebudayaan warisan masyarakat suku kaum Rungus, tetapi menjadi mercu tanda penyatuan suku kaum berkenaan.

“Usaha itu selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum melalui pertubuhan atau persatuan berasaskan etnik.

“Oleh itu kerajaan pastinya akan terus memberi sokongan serta kerjasama dalam semua aspek untuk membantu sebarang keperluan bagi memastikan segala perancangan PMRM dapat dilaksanakan demi faedah kepada masyarakat suku kaum Rungus,” katanya.

Salleh menyokong penuh penubuhan Pusat Kebudayaan Rungus yang akan dibina pada tahun depan di Matunggung dekat sini dengan peruntukan sebanyak RM1 juta oleh kerajaan persekutuan.

“Bagi melengkapkan lagi kemudahan di pusat kebudayaan itu kelak, saya akan membantu mendapatkan dana RM500,000 untuk membuat pusat kraftangan Rungus, serta RM200,000 untuk membuat pagar pusat kebudayaan itu.

“Melalui kementerian, saya juga bersetuju untuk mewujudkan satu pusat Teknologi Maklumat di Pusat Kebudayaan Rungus itu, bagi memasti anak-anak (Rungus) turut menikmati kemudahan yang diberi oleh kerajaan, khususnya dalam era teknologi pada masa ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden PMRM Datuk Wetrom Bahanda berkata pihaknya sangat berterima kasih kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluluskan dana untuk membina Pusat Kebudayaan Rungus.

“Kita juga berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi peruntukan tanah seluas 2.7 ekar untuk membina pusat kebudayaan berkenaan yang bakal menjadi pemangkin memajukan serta memartabatkan lagi suku kaum Rungus,” katanya. – BERNAMA

Tags: Demonstasi JalananPMRMSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd