• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Australia Bincang Kedatangan Migran

oleh Ahmad Albab
21/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIMA (Peru) – Kerjasama berkaitan kedatangan migran secara tidak sekata adalah antara topik yang disentuh dalam perbincangan dua hala Malaysia dan Australia di luar persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di ibu negara Peru pada Sabtu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull berkata Australia dalam pertemuan itu meminta kerjasama Malaysia untuk membendung isu pelarian, yang menghantui negara berkenaan ekoran kebanjiran migran itu.

“Beliau (Turnbull) mahu bendung masalah migran ini yang dikaitkan dengan permerdagangan manusia,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini selepas menghadiri program hari pertama Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC.

Antara kerjasama itu adalah melalui pertukaran laporan risikan dan melakukan larangan rasmi iaitu dengan mengambil tindakan sekiranya migran berkenaan melalui perairan negara, katanya.

Najib berkata Australia dalam pertemuan itu turut menyuarakan hasrat agar kerjasama dipertingkatkan untuk membendung ancaman keganasan yang serius.

Tambahan lagi, katanya, kawasan serantau mungkin berhadapan dengan ancaman baharu sekiranya Mosul jatuh ke tangan Iraq dan mengakibatkan mereka yang berperang di bawah panji-panji Daesh pulang ke rantau Asia Tenggara.

Mengenai pertemuan dua halanya dengan Perdana Menteri Papua New Guinea Peter O’Neill, Najib berkata perdana menteri negara itu mempelawa Petronas untuk melihat kemungkinan membangunkan kawasan gas asli untuk gas asli cecair (LNG) di kawasan daratan.

“Perdana Menteri Papua New Guinea meminta Petronas kaji potensi pelaburan tersebut,” katanya dan menambah perdana menteri negara itu dalam pertemuan mereka melahirkan rasa puas hatinya terhadap Malaysia sebagai antara pelabur terbesar di negara itu.

Najib berkata Papua New Guinea juga berharap Malaysia boleh membantu dalam bina upaya sebagai persediaan negara berkenaan menjadi tuan rumah APEC pada 2018. – BERNAMA

Tags: AustraliaMalaysiamigranNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

5 Ahli Parlimen PH Kritik PMX – “Malaysia Bukan Milik Anwar Ibrahim”

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Lima Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) hari ini secara terbuka mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd