• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Presiden Jokowi, Buka Kelas Bahasa Inggeris Percuma

oleh AK-47
12/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Anak sulung Presiden Indonesia yang baharu Joko Widodo atau Jokowi, telah membuka kelas tambahan bahasa Inggeris secara percuma membantu rakyat Indonesia menghadapi persaingan global.

Kelas yang dianjurkan oleh Gibran Rakabuming, 27, itu telah dimulakan pada Mei 2012.

“Ia berasaskan kepada program Indonesia Mengajar yang diasaskan oleh Anies Baswedan,” katanya.

Indonesia Mengajar ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diasaskan oleh Anies iaitu Menteri Kebudayaan, Pendidikan Dasar dan Menengah Indonesia dalam susunan Kabinet Kerja Jokowi.

Sebelum ini Anies ialah Rektor Universitas Paramadina yang kedua.

Gibran berkata, dia kagum dengan kesungguhan Anies membiayai pembelajaran Indonesia Mengajar tanpa mendapat dana daripada kerajaan.

“Justeru, saya memastikan kelas tambahan Bahasa Inggeris itu secara percuma memetik laporan Mstar Online.

“Ia dibiayai melalui sebahagian daripada pendapatan syarikat katering saya,” katanya.

Menurut Gibran, jumlah pelajar yang diterima bergantung kepada kemampuan.

“Saya biayai sendiri tanpa sebarang subsidi mahu pun bantuan orang lain,” katanya.

Kelas itu akan dikelola oleh Handako yang pernah menjadi guru Inggeris keluarga Jokowi.

Sementara itu, Handako berkata, setakat ini program mereka sudah diikuti 400 murid.

“Kelas dibuka di beberapa tempat seperti Banyuanyar, Sumber, Pajang, Munggung, Nusukan, dan Klodran.

“Dulu peserta program ini hanya terdiri daripada murid sekolah rendah, tetapi kini mula dipenuhi pelajar sekolah menengah.

“Setiap pelajar mengikuti pengajian selama sejam seminggu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bahasa InggerisIndonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd