• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Terima Kunjungan Setiausaha Agung D-8

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan Setiausaha Agung Kumpulan Lapan Negara Membangun bagi Kerjasama Ekonomi (D-8) Dr Seyed Ali Mohammad Mousavi di pejabatnya di sini.

Seyed Ali sedang dalam rangka lawatan dua hari dan ini adalah kunjungan pertama beliau sejak memegang jawatan itu pada Januari tahun lepas.

Dalam satu kenyataan kemudian, Muhyiddin berkata beliau berharap lawatan itu akan memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada dalam kalangan negara anggota D-8 dan akan membawa kepada hasil lebih pragmatik dalam memperkukuhkan hubungan.

“Malaysia sentiasa komited dalam penyertaan kami dalam kerangka kerjasama D-8 sejak penubuhannya pada 15 Jun, 1997 dan akan kekal begitu menerusi usaha kami untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi negara anggota D-8,” katanya.

Oleh kerana perusahaan kecil dan sederhana (SME) merupakan teras utama sektor swasta, Muhyiddin berkata kerajaan Malaysia mengalu-alukan sebarang usaha yang membawa kepada kerjasama dalam kalangan SME negara anggota D-8.

“Malaysia berpandangan bahawa D-8 patut mempromosikan dan menumpukan kepada usaha mewujudkan rangkaian SME berasaskan inovasi untuk meningkatkan tambah nilai dan ilmu industri kandungan sehingga membawa kepada pemerkasaan kerangka bagi FDI dan pelaburan domestik,” katanya.

Muhyiddin berkata lawatan itu juga merupakan peristiwa penting selaras dengan hala tuju baharu kumpulan itu.

D-8 dianggotai Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Nigeria, Pakistan, Turki dan Malaysia. – BERNAMA

Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Pelik Dakwaan Pendidikan Agama Kurang Tekankan Isu Rasuah

Firdaus Wong Pelik Dakwaan Pendidikan Agama Kurang Tekankan Isu Rasuah

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan kenyataan Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN), Prof. Tajuddin Rasdi...

‘Menteri Menangis Bukan Penyelesaiannya’ – Khir Toyo

‘Menteri Menangis Bukan Penyelesaiannya’ – Khir Toyo

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyifatkan tindakan menangisi tragedi membabitkan pelajar bukan penyelesaian, sebaliknya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd