• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Perlu Sedih Calon Presiden AS Tewas? – Hadi

oleh AK-47
17/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kecewa kerana wujud sebilangan rakyat Malaysia yang bersedih kerana calon yang mereka minati tewas dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Tegas beliau, kedua-dua calon dalam pilihan raya itu Donald Trump dan Hillary Clinton berlumba-lumba membuat kenyataan terbuka menyokong Israel dengan pendekatan yang berbeza dalam pilihan raya tersebut.

“Tetapi masih ada dalam kalangan kita sudah lupa betapa konsep dan matlamat kedua-duanya sama sehingga ada yang bersedih kerana calon yang diminati kalah

“Perbandingannya laksana buaya dan singa, kedua-duanya mengganas. Perbezaan singa mengaum dengan kuat, nyata dan menerpa secara terbuka. Ada pun buaya seperti kata pepatah Melayu ‘bagaikan air yang tenang jangan di sangka tiada buaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi mengingatkan Parti Demokrat dan Parti Republikan di AS semuanya terlibat dalam campur tangan yang menimbulkan ketegangan di seluruh pelosok dunia secara langsung atau tidak langsung melalui wakil mereka.

Kata beliau, tragedi pembunuhan yang mencecah jutaan mangsa korban dan menjadi pelarian dibenarkan atas nama mendokong kebebasan, demokrasi, keadilan dan hak asasi manusia.

“Namun, undang-undang antarabangsa dan mahkamah laksana sarang labah-labah yang boleh memerangkap makhluk kecil sahaja.

“Apa-apa tindakan pun tidak boleh di ambil ke atas AS dan sekutunya dan semua keputusan PBB boleh dihalang dengan mudah melalui kuasa vetonya,” kata beliau. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Presiden PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Donald Trump Dirasuk Syaitan – Abdul Hadi

Donald Trump Dirasuk Syaitan – Abdul Hadi

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menunjukkan sifat takbur akibat telah dirasuk oleh syaitan dan manusia berideologi...

Pemimpin PN Perlu Lakukan Sesuatu Terhadap Presiden PAS

Pemimpin PN Perlu Lakukan Sesuatu Terhadap Presiden PAS

24/01/2023
0

PETALING JAYA : Pemimpin Perikatan Nasional (PN) perlu melakukan sesuatu supaya masalah psikologi dihadapi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd