JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mendakwa DAP adalah sebuah parti politik yang menyokong Perlembagaan Malaysia.
Dakwa beliau, DAP bergerak mengikut lunas Perlembagaan Negara, manakala Perlembagaan Negara mendokong kedudukan Islam dengan jelas.
“Jika DAP menolak Islam, DAP pasti diharamkan sebab menolak apa yang termaktub dalam Perlembagaan,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial.
Sheikh Umar turut mendakwa DAP berbeza berbanding Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyebabkan kafir mengkafir melanda masyarakat.
Dakwa beliau, Abdul Hadi adalah seorang ‘penghukum agama’, bukan pendakwah dan caranya berpolitik didakwa sangat berbahaya.
“Dia jadikan seolah-olah Islam itu PAS, PAS itu Islam.. Dan dia bebas menghukum..Macam ambil kerja Tuhan..,” dakwanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Sheikh Omar Ali



