• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengawal Keselamatan Terbunuh Selepas Terlepas Tembakan

oleh Ahmad Albab
12/11/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang pengawal keselamatan maut apabila terkena tembakan semasa cuba mengeluarkan peluru daripada senjata api yang digunakannya di Ideal Avenue, Medan Relau 1 di sini, malam tadi.

M. Pusbanathan, 52, mati di tempat kejadian apabila peluru daripada ‘pump gun’ yang sedang dikosongkan itu mengenai dada kanannya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP P.R Gunarajan berkata lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank di Sungai Dua, di sini pulang ke pejabat syarikat tempatnya bekerja di tingkat tiga bangunan itu untuk memulangkan senjata api yang digunakannya.

“Dalam kejadian pukul 8.45 malam, mangsa sedang mengeluarkan sebutir peluru yang tersangkut apabila pump gun itu meletup.

“Ketika itu hanya seorang rakan setugas mangsa berada di situ dan dia hanya menyedari kejadian apabila terdengar bunyi tembakan dan melihat mangsa terduduk di kerusi berlumuran darah,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Gunarajan berkata menurut prosedur operasi standard syarikat itu, pengawal keselamatan perlu mengosongkan peluru daripada senjata mereka di tempat bertugas namun mangsa hanya dapat mengeluarkan empat daripada lima butir peluru apabila satu lagi peluru tersangkut.

“Mangsa yang telah bekerja lebih lima tahun sebagai pengawal keselamatan dikatakan tamat sif pada pukul 6.30 petang dan pulang menaiki van syarikat.

“Dia dikatakan ingin mengeluarkan baki peluru itu di pejabat syarikat itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang merupakan rakan sekerja mangsa untuk membantu siasatan dan senjata api itu dirampas.

Mayat lelaki berasal dari Kulim, Kedah itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat, katanya. – BERNAMA

Tags: kes tembakmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd