• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Takut Kumpulan Baju Merah Tidak Kebal – Maria Chin

oleh AK-47
17/11/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penganjur demontrasi anti kerajaan Bersih 5 menyeru seluruh penyokongnya supaya tidak takut dengan kewujudan kumpulan Baju Merah yang menentang demonstrasi tersebut.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, ketua kumpulan Baju Merah iaitu Datuk Seri Jamal Yunos telah membuktikan bahawa ahli kumpulan itu tidak kebal.

“Ketua mereka tempoh hari telah terbukti tidaklah kebal pun. Kita telah melihat bagaimana beliau meronta-ronta dan menjerit-jerit mahu melarikan diri dari kekecohan yang berlaku di Ampang.

“Seluruh negara telah ketawa melihat gelagat Jamal dan juak-juaknya,” katanya mengejek kumpulan Baju Merah hari ini.

Maria Chin berkata, penyokong Bersih 5 juga tidak perlu takut dengan Jamal dan anggota kumpulan Baju Merah kerana polis pasti akan melindungi baju kuning.

Beliau memberi contoh penganjuran demontrasi anti kerajaan pada tahun lalu menyaksikan pihak polis begitu cekap menghalang kumpulan Baju Merah.

Maria Chin turut mengejek kumpulan Baju Merah yang beliau dakwa diberi makan oleh UMNO hanya akan muncul pada saat-saat akhir.

“Kita berharap pihak polis akan bersiap sedia untuk berdepan juak-juak Jamal. Sabtu ini saya harap rakyat Malaysia akan membuang rasa takut dan turun beramai-ramai,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Baju MerahBERSIH 5Maria Chin Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Akui Sukar Perjuang Isu Hak Asasi Manusia

18/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah mengakui Pakatan Harapan (PH) berdepan kesukaran dalam membawa isu berkisar...

Kerajaan Bayar RM25,000 Kepada Maria Chin

18/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Kes saman Maria Chin Abdullah terhadap ketua polis negara dan 2 lagi berhubung penahanannya secara salah bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd