• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Bayar RM25,000 Kepada Maria Chin

oleh
18/02/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes saman Maria Chin Abdullah terhadap ketua polis negara dan 2 lagi berhubung penahanannya secara salah bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma pada 2016 selesai di Mahkamah Tinggi selepas kerajaan bersetuju membayar ganti rugi.

Peguam Maria, Datuk Gurdial Singh Nijar berkata ketua polis negara, menteri dalam negeri dan kerajaan selaku defendan setuju membayar RM25,000 termasuk faedah kepada anak guamnya sebagai penyelesaian penuh dan muktamad dan tanpa sebarang pengakuan terhadap liabiliti.

“Semua defendan juga bersetuju membayar kos berjumlah RM5,000 kepada plaintif (Maria),” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad hari ini.

Gurdial berkata mahkamah kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan kes saman itu.

Prosiding turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan, Kamal Azira Hassan yang bertindak bagi pihak ketiga-tiga defendan.

Kes itu masih belum dibicarakan dan pada peringkat pengurusan kes.

Pada 6 Ogos tahun lepas, Maria, 63, menyaman ketiga-tiga defendan atas dakwaan menyebabkannya ditangkap, ditahan dan dipenjara secara salah bawah Sosma.

Dalam penyataan tuntutan, Maria mendakwa ditangkap dan ditahan bawah SOSMA di pejabat Bersih pada 18 November 2016 dan barang-barangnya turut dirampas termasuk telefon bimbit, peralatan komputer dan beberapa dokumen.

Dakwanya, penangkapannya dibuat berdasarkan atas kepercayaan politik dan dibuat bagi melayani kehendak parti yang merupakan kerajaan ketika itu bagi menggagalkan perhimpunan aman diadakan serta untuk menakutkan orang awam dari menyertai perhimpun berkenaan.

Maria mendakwa penahanannya selama 10 hari bermula 18 November 2016 bertujuan untuk menindasnya berikutan beliau terpaksa tidur dalam sel individu tanpa tingkap dan tidur atas lantai konkrit dengan hanya beralaskan sekeping kayu tanpa dibekalkan tilam, bantal dan selimut.

Dalam penyataan pembelaan difailkan pada 3 Oktober tahun lepas, semua defendan mendakwa tangkapan dan penahanan plaintif adalah sah mengikut undang-undang dan bukannya dibuat atas dasar politik atau niat jahat. – BERNAMA

Tags: Maria Chin Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Akui Sukar Perjuang Isu Hak Asasi Manusia

18/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah mengakui Pakatan Harapan (PH) berdepan kesukaran dalam membawa isu berkisar...

Anak Maria Chin Abdullah Ditikam

28/01/2019
0

ANAK lelaki kepada Anggota Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah cedera ditikam seorang lelaki dalam cubaan samun di sebuah taman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd