• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Akui Sukar Perjuang Isu Hak Asasi Manusia

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah mengakui Pakatan Harapan (PH) berdepan kesukaran dalam membawa isu berkisar hak asasi manusia ke persidangan Parlimen.

Beliau berkata PH mempunyai banyak halangan terutama melibatkan blok pembangkang dan pihak polis.

“Saya setuju, kami tidak buat yang terbaik untuk situasi hak asasi manusia.

“Ianya satu perjuangan bagi saya,” katanya dalam sesi bual bicara di Badan Peguam Malaysia, malam tadi.

Maria menjelaskan situasi memperjuangkan isu hak asasi manusia seolah-olah mencampuri urusan pihak polis.

“Mereka (polis) telah berjaya selama 60 tahun ini.

“Mereka telah menjadikan situasi hak asasi manusia sebagai ‘wilayah’ mereka sendiri.

“Jadi, ada halangan ada di situ,” katanya sambil menambah PH banyak menghabiskan masa berhujah mengenai Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan pasukan tersebut.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew View Keong memberitahu penangguhan bacaan kedua dan ketiga Rang Undang-undang (RUU) IPCMC ke sidang Dewan Rakyat seterusnya pada Mac depan bagi mendapatkan lebih banyak pandangan pihak yang tebabit.

Dalam tempoh 3 bulan itu, kata Liew, pihaknya akan menambah baik RUU tersebut berdasarkan dapatan daripada perbincangan dengan pihak berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Maria turut mengakui PH tidak berupaya mengawal api kemarahan netizen yang tercetus disebabkan beberapa isu termasuk ceramah kontroversi Dr. Zakir Naik, perselisihan faham dalam isu seni tulisan khat dan yang terbaru, nyayian lagu Negaraku dalam bahasa selain Bahasa Kebangsaan.

“Ianya api pergaduhan.

“Situasi kami sekarang, kami harus fikir macam mana hentikan pergaduhan ini.”

Tambahnya, pihak yang sering mendapat tohmahan daripada pergaduhan itu adalah rakan seperjuangannya dari DAP.

“Mereka digelar komunis, orang bukan Islam yang cuba ambil alih negara dan macam-macam dakwaan.

“Saya rasa simpati. Kerana kami tak tahu dari mana datangnya dakwaan-dakwaan ini,” katanya. – FMT

Tags: hak asasi manusiaIPCMCMaria Chin Abdullahpakatan harapanpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd