• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EKSKLUSIF : Ratu Elizabeth II Ucap Terima Kasih Hadiah Dari Zul Mohd

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Surat dan persembahan hadiah dari pereka kasut Malaysia Zul Mohd dengan jenama Emmett kepada Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham di London telah pun diterima oleh pihak ratu.

Dalam Facebook beliau hari ini, Zul menyuarakan rasa terima kasihnya kepada Ratu Elizabeth II kerana menerima maklumbalas daripada baginda untuk surat bertarikh 11 Julai daripada beliau itu.

Menurut gambar petikan surat yang dimuatnaik Zul di Facebooknya, pihak istana dititahkan oleh baginda ratu untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Zul atas persembahan hadiah beg tangan (klac) dan juga sepasang kasut buatan tangan khas oleh Emmett.

SuratRatuElizabethII

Zul berkata kepada Mynewshub.my, bahawa pihak Istana Buckingham memaklumkan untuk menjadikan hadiahnya sebagai sebahagian daripada program amal Istana Buckingham.

“Pihak kami setuju untuk menyertai program amal Istana Buckingham berkenaan, surat balas kepada baginda Ratu Elizabeth II akan disiapkan secepat mungkin, saya baru menerima surat dari pihak Istana sebentar tadi,” katanya kepada Mynewshub.my

Zul dengan jenama Emmett pada satu temubual eksklusif dengan Mynewshub.my pada 13 Jun lepas memaklumkan akan mempersembahkan hadiah berupa sepasang kasut dan satu beg tangan (klac).

Selain hadiah istimewa untuk Ratu Elizabeth II, pihak Emmett juga mempersembahkan hadiah kepada Duchess Of Cambridge; Kate Middleton yang juga isteri kepada Duch of Cambridge Putera William anak kepada pewaris takhta Britain, Putera Charles.

“Terima kasih kepada Tuanku Ratu Elizabeth II, saya berasa terhormat dan berbangga menerima maklumbalas dari pihak tuanku berkenaan hadiah istimewa saya,” katanya di laman Facebooknya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K

Tags: Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Kesal PMX Anwar Jemput Pemimpin Junta Myanmar Ke Malaysia Dengan Permaidani Merah

PAS Kesal PMX Anwar Jemput Pemimpin Junta Myanmar Ke Malaysia Dengan Permaidani Merah

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kekesalan terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput dan menerima kunjungan rasmi Min...

Tok Mat Menghadap Agong, Sembah Taklimat Lawatan Presiden Mesir, Raja Jordan Ke Malaysia

Tok Mat Menghadap Agong, Sembah Taklimat Lawatan Presiden Mesir, Raja Jordan Ke Malaysia

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd