• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Bas Ekspress Mengaku Tak Bersalah

oleh Ahmad Albab
14/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Trafik di sini atas tuduhan memandu secara tidak cermat dan tidak berhati-hati, empat bulan lepas.

Kadershah Sabaruddin, 51, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Hanum Mohmad Sah di Mahkamah Khas Trafik Ipoh di sini.

Mengikut kertas pertuduhan, Kadershah didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 2.45 petang di Kilometer 265.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada 10 Julai lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 dan penjara 12 bulan.

Pegawai pendakwa Inspektor Kelvin Meng menawarkan wang jaminan sebanyak RM5,000, namun tertuduh merayu ia dikurangkan kerana beliau tidak bekerja ketika ini selain mempunyai tanggungan.

Siti Hanum membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Jan 2017 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam kejadian 10 Julai lalu, sebuah bas yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur merempuh 10 kenderaan dekat Terowong Menora semasa kesesakan lalu lintas. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

Parti Bersama Bantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Bersama Malaysia (Bersama) membantah Garis Panduan Perancangan Rumah Ibadah Bukan Islam (RIBI) 2025 di Selangor yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd