• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyerang Import JDT Lucero Kini Bernilai RM11.49 Juta

oleh Ahmad Albab
13/11/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mendedahkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) membelanjakan AS$1.4 juta atau kira-kira RM6 juta sewaktu mahu mendapatkan pemain importnya, Juan Martin Lucero.

Tunku Ismail berkata, Lucero yang masih muda dan beraksi cemerlang membantu JDT mengharungi Liga Malaysia dan kejohanan antarabangsa kini bernilai 2.4 juta euro atau kira-kira RM11.49 juta.

Kata baginda, perkembangan itu menunjukkan JDT satu-satunya kelab di Malaysia dengan rancangan untuk meningkatkan status kewangan bagi mengekalkan kelab itu untuk tempoh 20 tahun akan datang.

“JDT adalah satu-satunya kelab dengan rancangan untuk meningkatkan status kewangan kami bagi mengekalkan kelab ini untuk 20 tahun akan datang dan terus berusaha untuk bertambah baik setiap tahun.

“Di JDT, kami menandatangani pemain berharga yang berpotensi untuk dijual. Pesaing kami masih lagi membeli pemain-pemain yang tiada harga di Asia dan di luar Asia,” kata baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail dalam pada itu berkata, pesaing JDT di Malaysia masih bergantung kepada dana kerajaan dengan pelan jangka pendek dan meletakkan persaingan domestik sebagai penanda aras.

Baginda menerangkan, kejayaan JDT berada dalam pertandingan antarabangsa yang diiktiraf di peringkat global mengekalkan reputasi dan kewangan kelab itu sekali gus membuka pintu untuk tawaran kerjasama yang akan membawa kepakaran asing dan meningkatkan inovasi pasukan.

“Malangnya di sini, mentaliti rakyat Malaysia adalah berjuang untuk merebut Piala Malaysia. Bagaimana Piala Malaysia akan membantu saya di peringkat global? Di mana ia akan membawa saya? Jawapan yang jelas saya terima ‘Tetapi Piala Malaysia sebuah piala yang berprestij’.

“Saya memberitahunya saya tidak mengatakan bahawa ia bukanlah tidak berprestij, saya cuma katakan bagaimana ia akan membantu saya dari segi kewangan dan bagaimana ia akan mewujudkan kesedaran global?” kata baginda. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bola sepakJDTJuan Martin Lucero
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengungguli lapan kategori Liga M Awards 2025-26 yang berlangsung malam...

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd