• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru 5 Lagi Suspek Kes Bunuh 4 Rakyat Myanmar

oleh
10/11/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Polis sedang memburu lima lagi suspek bagi membantu siasatan kes penemuan empat mayat warga Myanmar yang dibunuh sebelum dibuang dalam kawasan semak di Kampung Tanjung Hilir, Bekelam, Bachok pada 30 Oktober lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad berkata berdasarkan maklumat terbaharu, pihaknya yakin dapat menahan kelima-lima suspek berkenaan dalam masa terdekat.

“Kami yakin dapat menyelesaikan kes itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pada 3 November lepas, polis menahan empat warga Myanmar berusia dalam lingkungan 20-an bagi membantu siasatan berhubung penemuan empat mayat itu.

Penduduk Kampung Tanjung Hilir digemparkan dengan penemuan mayat berkenaan yang dicampak ke dalam semak berhampiran jalan kampung itu.

Kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun dan dipercayai meninggal dunia sekurang-kurangnya tiga hari sebelum mayat mereka ditemui. – BERNAMA

Tags: bunuhMyanmar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd