• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita `Mata Hijau’ Dihantar Pulang Ke Afghanistan

oleh Ahmad Albab
10/11/2016
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WANITA `bermata hijau’ yang pernah menghiasi muka depan majalah National Geographic pada 1985, akhirnya dihantar pulang dari Pakistan ke Afghanistan selepas dia didapati memalsukan kad pengenalan.

Sebaik sahaja Sharbat Gulla tiba di negaranya, dia bersama empat anaknya telah disambut oleh Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani.

Satu majlis turut diadakan di kediaman Ashraf bagi menyambut kepulangan Sharbat.

Wanita itu juga dihadiahkan sebuah pangsapuri yang lengkap dengan perabot.

“Ketika kanak-kanak, Sharbat berjaya menarik perhatian berjuta-juta orang disebabkan dia adalah simbol kepada peperangan. Adalah menjadi satu keistimewaan bagi saya untuk menyambutnya.

“Kami berbangga untuk melihat dia hidup dengan bermaruah dan selamat di tanah airnya,” kata Ashraf.

Sharbat sebelum ini disabitkan dengan kesalahan memalsukan kad pengenalan di Pakistan dan didakwa menetap di negara berkenaan secara haram.

Tindakan kerajaan Pakistan yang menghantar Sharbat pulang telah dikritik masyarakat antarabangsa kerana mengenakan hukuman berat ke atasnya.

Dia mendapat perhatian dunia sebagai gadis pelarian Afghan pada 1985 selepas gambarnya dirakamkan oleh jurugambar perang, Steve McCurry dan gambar itu kemudiannya dijadikan muka depan National Geographic.

McCurry bertemu lagi dengan Sharbat pada 2002.

Pada 2014, dia telah menyembunyikan diri selepas dituduh menggunakan dokumen palsu Pakistan. Sharbat ditangkap pada Oktober lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: AfghanistanNational GeographicWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd