• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGV Di 67 Stesen Petronas Akan Ada Semula

oleh Ahmad Albab
08/11/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Gas Asli Kenderaan (NGV) di 67 stesen Petronas di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor yang digantung ketika ini akan beroperasi semula secara berperingkat dalam tempoh sebulan dua lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pada masa ini perkhidmatan itu dalam proses penambahbaikan taraf prosedur keselamatan untuk memastikan ia dalam keadaan terbaik.

“Kita minta pemandu teksi bersabar kerana penambahbaikan ini adalah untuk kebaikan dan keselamatan pemandu teksi,” katanya ketika menjawab soalan Ong Kian Ming (DAP-Serdang) pada sesi pertanyaan menteri di persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ong ingin tahu tindakan yang sedang dan akan diambil untuk membantu pemandu teksi yang kehilangan tambang akibat daripada penutupan stesen Petronas NGV di seluruh Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor.

Beliau ingin mengetahui sama ada Petronas Dagangan Berhad (PDB) akan memberi pampasan kepada pemandu teksi yang kehilangan tambang sejak perkhidmatan NGV itu ditutup.

Pada 30 Okt lalu, PDB mengumumkan menutup sementara perkhidmatan NGV di 67 stesennya di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor untuk tujuan penambahbaikan prosedur keselamatan.

Langkah itu susulan kematian seorang kontraktor akibat daripada letupan dan kebakaran dipercayai berpunca daripada tangki NGV Petronas di Johor Bahru.

Sementara itu, Abdul Rahman menafikan kesemua perkhidmatan NGV di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor ditutup kerana masih terdapat perkhidmatan NGV di 61 stesen Petronas termasuk 22 di Kuala Lumpur dan Selangor.

Katanya untuk sementara waktu pemandu teksi masih boleh menggunakan bahan bakar alternatif selain NGV sehingga kesemua perkhimatan berkenaan beroperasi semula.

Mengulas lanjut Abdul Rahman berkata buat masa ini PDB masih belum bercadang untuk memberi pampasan kepada pemandu teksi yang didakwa kehilangan pendapatan akibat penutupan perkhidmatan NGV itu. – BERNAMA

Tags: NGVpetronas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

Petronas Jamin Bekalan Bahan Api di Stesen Seluruh Negara Mencukupi Sehingga Jun 2026

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas memaklumkan bahawa bekalan bahan api di semua stesen minyaknya di seluruh negara mencukupi sehingga hujung Jun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd