• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 4 Lebuh Raya Berhak Naikkan Tol Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
01/11/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hanya empat lebuh raya berhak menerima kenaikan tol pada tahun depan berdasarkan perjanjian konsesi lebuh raya yang sedang berkuat kuasa.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas), Lebuhraya Senai–Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

“Anggaran jumlah pampasan tol tahun 2017 bagi empat lebuh raya tersebut ialah RM59.77 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat hari ini.

Lim ingin tahu hasil perbincangan dengan syarikat konsesi lebuh raya yang akan menaikkan tol tahun depan dan jumlah pampasan yang perlu dibayar kerajaan sekiranya tol tidak dinaikkan.

Lim turut bertanya mengenai kos pembinaan dan kutipan tol di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) setakat ini, serta sebab tol di lebuh raya itu tidak dimansuhkan.

Fadillah berkata lebuh raya itu dibina pada 1989 dan siap pada 1994 dengan kos RM5.9 bilion yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi kecuali kos pengambilan tanah yang ditanggung kerajaan.

Berdasarkan perjanjian asal (1988), beliau berkata konsesi lebuh raya itu sepatutnya tamat pada 2018 namun, berikutan usaha mengurangkan kesan kenaikan tol, kerajaan terpaksa menstruktur semula kadar tolnya iaitu pada 1999, 2002 dan 2011.

“Di bawah penstrukturan PLUS terkini (2011), semua konsesi tol lebuh raya di bawah syarikat PLUS Berhad termasuk Lebuhraya Utara Selatan telah diselaraskan yang mana ia akan berakhir pada 31 Disember 2038,” katanya.

Fadillah berkata sehingga akhir 2015, jumlah kutipan tol keseluruhan di Lebuhraya Utara Selatan sahaja ialah RM36.39 bilion.

Jumlah pampasan tunai yang telah dibayar kepada syarikat konsesi PLUS berikutan penangguhan kenaikan tol bagi lebuh raya berkenaan untuk tempoh sehingga 2015 ialah RM917.1 juta, katanya.

Beliau menjelaskan walaupun syarikat konsesi menerima jumlah kutipan tol yang tinggi, ia tidak bermakna mereka mengaut keuntungan yang besar kerana ia perlu dibelanjakan untuk pelbagai komitmen lain.

“Secara purata syarikat konsesi perlu membayar balik pinjaman kepada institusi pemberi pinjaman atau bank sebanyak 45 hingga 50 peratus daripada hasil kutipan tol yang diperoleh, operasi dan penyelenggaraan (20 peratus) serta kos untuk membaik pulih dan menaik taraf lebuh raya (15 hingga 20 peratus),” katanya.

Katanya, hasil pulangan atau keuntungan kepada pemegang saham pula dianggarkan sebanyak 10 peratus sahaja daripada hasil kutipan tol keseluruhan. – BERNAMA

Tags: Fadillah Yusoflebuh rayaTol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

‘Adakah Kerajaan Negeri, Pusat Luluskan Kutipan Tol Di Jalan Genting Highlands Oleh Pihak Swasta?’ – MCW

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jalan raya yang digunakan orang awam tidak boleh dikenakan tol secara unilateral oleh pihak swasta, kata Presiden Pemerhati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd