• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Model Perpaduan Malaysia Jamin Hak Semua Kaum

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mempunyai model perpaduan yang menjamin hak masyarakat majmuk secara adil dan seimbang serta terjamin dalam Perlembagaan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kaum-kaum minoriti di negara ini tidak harus berasa terancam untuk mengamalkan agama dan budaya masing-masing serta tidak perlu khuatir akan kehilangan identiti mereka.

“Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, saya percaya perbedaan agama, bahasa dan warna kulit telah menjadikan kita satu masyarakat yang kaya dengan pelbagai budaya.

“Perbedaan ini juga telah menjadi kekuatan, bukan kelemahan dalam pembentukan bangsa Malaysia, ‘unity in diversity’ (perpaduan dalam kepelbagaian),” katanya dalam rakaman video perutusan sempena Deepavali 2016 yang dimuat naik di laman Facebook dan Twitter beliau hari ini.

Sempena perayaan itu, Ahmad Zahid mengajak semua rakyat Malaysia untuk sama-sama mengeratkan persaudaraan dan hubungan antara kaum yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.

Beliau turut mengingatkan mereka supaya tidak menjadikan medium media sosial sebagai sandaran yang boleh meleraikan tali perpaduan antara masyarakat.

“Akhir kata saya ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali 2016 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada mereka yang beragama Hindu,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MB Negeri Sembilan Lancar Perpatih Fest 2026, Perkenalkan Keunikan Adat Perpatih

MB Negeri Sembilan Lancar Perpatih Fest 2026, Perkenalkan Keunikan Adat Perpatih

30/10/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berharap Perpatih Fest 2026 terus berkembang sebagai acara warisan dan kebudayaan...

Mahkamah Tinggi Perintah MajuBina Bayar RM15.32 Juta Kepada MCMC

Mahkamah Tinggi Perintah MajuBina Bayar RM15.32 Juta Kepada MCMC

30/10/2026
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan penghakiman terus terhadap MajuBina Resources Sdn. Bhd. dan memerintahkan syarikat itu membayar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd