• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Mengaku Tak Bersalah Ubah Wang Haram

oleh Ahmad Albab
28/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 15 tuduhan melakukan pengubahan wang haram bernilai RM4 juta, sejak Disember 2012 hingga Oktober 2013.

Ahmad Shahabudin Talib, 36, yang merupakan ahli perniagaan didakwa atas 10 pertuduhan melibatkan RM3.7 juta manakala isterinya Ummie Salwanis Harun, 32, didakwa atas lima pertuduhan melibatkan RM300,000.

Ahmad Shahabudin didakwa menerima wang yang merupakan hasil aktiviti haram yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat miliknya Perniagaan Omega Point, selain didakwa digunakan untuk membiayai pinjaman Amanah Saham Bumiputera dan membeli Toyota Vellfire miliknya.

Manakala Ummie Salwanis didakwa melakukan kesalahan itu dengan menerima wang daripada aktiviti haram yang digunakan untuk membiayai pinjaman Perbadanan
Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selain disimpan ke dalam akaun peribadinya.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa di bawah subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar merayu mahkamah mengurangkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin yang ditawarkan pihak pendakwaan atas alasan jaminan bertujuan memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah.

“Tertuduh berjanji akan hadir pada setiap prosiding. Mereka juga telah tidak bekerja sejak Mei lalu dan menanggung empat orang anak yang berusia lingkungan lapan hingga dua tahun,” katanya.

Hakim Unaizah Mohd menetapkan jaminan sebanyak RM25,000 untuk setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan memerintahkan passport mereka diserahkan kepada mahkamah.

Kedua-dua tertuduh juga perlu melaporkan diri ke balai polis terdekat setiap bulan dan diarahkan untuk tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Nov ini. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Liyana Shahir. Kedua-dua tertuduh membayar wang jaminan itu. – BERNAMA

Tags: wang haram
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Wanita Didakwa Pindah Hasil Haram Lebih RM6j

19/01/2018
0

PETALING JAYA - Seorang peguam hartanah wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi 34 pertuduhan...

5 Individu Didakwa Ubah Wang Haram Lebih RM800k

27/03/2017
0

SHAH ALAM - Empat lelaki dan seorang wanita dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima hasil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd