• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Mohon Cabar Keputusan Ketua Audit Negara

oleh Ahmad Albab
26/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai 1MDB, kepada 18 November.

Mohamed Azmin mencabar keputusan Ketua Audit Negara yang mengklasifikasikan Laporan Ketua Audit Negara terhadap 1Malaysia Development Berhad sebagai rahsia rasmi.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya berikutan pihak responden baru menerima dokumen berkaitan permohonan itu Isnin lepas.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang ditemui pemberita berkata mahkamah juga menetapkan 3 Nov ini untuk pengurusan kes. Mahkamah dijadualkan mendengar permohonan menteri besar Selangor itu hari ini.

Mohamed Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak dan Timbalan Presiden PKR, memfailkan permohonan berkenaan pada 15 Ogos lepas dan menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang serta kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.

Dalam permohonannya, Mohamed Azmin menuntut suatu deklarasi bahawa tindakan responden pertama iaitu perdana menteri yang mengklasifikasikan laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah suatu tindakan dalam konflik kepentingan.

Beliau juga menuntut suatu deklarasi bahawa klasifikasi laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi oleh responden kedua (Amrin) adalah menyalahi undang-undang dan ultra vires Perlembagaan Persekutuan, Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan/atau Akta Audit 1957.

Selain itu, beliau juga menuntut suatu perintah mandamus bagi memaksa semua responden, pekerja-pekerja, pegawai-pegawai, ejen-ejen atau dengan apa jua cara dengan serta-merta untuk mengklasifikasikan semula Laporan 1MDB menurut Seksyen 2C OSA 1972 dan menyiarkannya kepada orang ramai.

Mohamed Azmin mengemukakan tuntutan berkenaan dengan alasan bahawa keputusan untuk mengklasifikasikan laporan 1MDB sebagai rahsia rasmi adalah tidak berpelembagaan kerana melanggar Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan.

Dakwanya keengganan responden untuk mengklasifikasikan semula laporan berkenaan adalah tidak munasabah. – BERNAMA

Tags: 1MDBAzmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd