• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Dapat Malu.. Pertikai Fatwa Tapi Ulama PAS Pun Akui SIS Sesat!

oleh Ahmad Albab
07/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemikiran berbeza Sisters in Islam (SIS) berhubung Islam perlu dihalang agar masyarakat tidak terpengaruh dengan pemikiran yang boleh membawa kepada kesesatan.

Pengarah Operasi Majlis Penyelidikan dan Tafaqquh Dewan Ulama PAS Pusat, Ahmad Mouhyideen Hassim berkata, pemikiran yang dikemukakan SIS diluar konteks yang dibenarkan Islam.

“Tidak dapat dinafikan Islam membuka ruang untuk kebebasan bersuara dan berbeza pandangan.

“Pandangan dan pemikiran yang berbeza yang dikemukakan SIS diluar konteks yang dibenarkan dalam agama. Ia mesti dihalang agar masyarakat awam tidak terpengaruh dengan pandangan dan pemikiran yang dibawa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Mouhyideen berkata, kebebasan bersuara dan perbezaan pandangan dalam Islam tidak boleh disalah ertikan hingga menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan menolak ajaran Islam.

Menurutnya, perbezaan pandangan dan kebebasan bersuara dalam mazhab-mazhab Feqah adalah dalam perkara cabang agama dan bukan berkaitan usul dan prinsip Islam.

Jelasnya, Islam menggalakkan percambahan ilmu melalui perbezaan pandangan tetapi ia tidak boleh menggadaikan usul dan prinsipnya.

Tegas beliau, sesiapa yang melanggar usul dan prinsip itu adalah sesat dan terkeluar daripada Islam.

Justeru, katanya, ideology liberalisme yang didokong oleh SIS jelas bercanggah dengan usul dan prinsip Islam.

Kata beliau, pandangan SIS dalam isu hak suami menceraikan isteri, pembahagian harta pusaka, poligami, kewajipan bertudung bagi wanita dan lain-lain jelas adalah pemikiran yang berlawanan dengan Islam.

“Ia adalah bertujuan untuk merungkai pegangan aqidah umat Islam dengan meletakkan akal mendahului syarak. Pandangan dan pemikiran SIS mesti dihalang agar masyarakat awam tidak terpengaruh dengan pandangan dan pemikiran yang dibawa,” tegasnya.

Bagaimana pun bercanggah dengan kenyataan Dewan Ulama PAS Pusat, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini tidak setuju dengan tindakan mengharamkan SIS dan mengatakan pihak berkuasa agama seharusnya membenarkan perbezaan pandangan.

Baca: Anwar Ibrahim pertikai Fatwa, Tak Setuju SIS Diharamkan!

SIS minggu lalu memfailkan semakan kehakiman dan menamakan tiga responden, Jawatankuasa Fatwa‎ Negeri Selangor, Mais dan kerajaan Selangor kerana menuduh mereka mempromosikan liberalisme agama dan pluralisme yang bercanggah dengan Islam.

Fatwa Selangor pada Julai 2014 menggazetkan SIS dan mana-maana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman “liberalisme” dan “pluralisme” agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. – mynewshub.cc

Tags: Anwar IbrahimPASSisters In Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd