• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan Seorang Lagi Jurutera Jabatan Kerajaan

oleh AK-47
24/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang lagi jurutera daerah sebuah jabatan kerajaan di Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana projek infrastruktur asas bernilai RM3.3 bilion.

Sumber yang rapat dengan pasukan siasatan SPRM berkata jurutera berumur 35 tahun itu ditahan kira-kira 6.40 petang semalam sebelum dibawa Mahkamah Majistret Tawau untuk permohonan tahanan reman.

“Majistret Faizal Che Saad telah membenarkan reman selama lima hari terhadap suspek bermula hari ini,” kata sumber berkenaan, di sini hari ini.

Sementara itu, sumber tersebut memaklumkan lima daripada 19 suspek yang ditahan SPRM pada 19 Oktober lalu berhubung kes itu telah dibebaskan daripada tahanan reman dengan masing-masing dikenakan ikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin.

Menurutnya, setakat ini SPRM telah merampas wang tunai RM8.4 juta daripada kesemua suspek yang ditahan dalam Ops Water Fasa II yang dilancarkan pada 19 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan maklumat berkenaan.

Pada 4 Oktober lalu, SPRM melancarkan Ops Water Fasa I dan menahan empat pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan di sini, termasuk pengarah dan timbalan pengarah jabatan itu, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana berkenaan.

Ekoran penahanan empat suspek berkenaan, SPRM turut merampas wang tunai lebih RM114 juta tidak termasuk 127 geran tanah dan barangan kemas.

Bagaimanapun keempat-empat suspek berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin antara RM50,000 dan RM500,000 dengan dua penjamin.

Ops Water Fasa II dilancarkan selepas SPRM mengesyaki ramai lagi pegawai daripada jabatan berkenaan terlibat dalam penyelewengan berkenaan hasil daripada siasatan terhadap pegawai yang ditahan sebelum itu. – BERNAMA

Tags: Jurutera KerajaanSabahSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd