• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejayaan V Shem-Wee Kiong Satu Titik Permulaan

oleh AK-47
24/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejayaan beregu utama lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong menjuarai Kejohanan Siri Super Premier Terbuka Denmark semalam merupakan titik permulaan untuk mereka meneruskan kecemerlangan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata kejayaan tersebut menjadi landasan terbaik kepada pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil itu memburu lebih banyak gelaran di pentas antarabangsa.

“Kita tahu potensi mereka agak besar dan saya telah meletakkan cabaran dan sasaran peribadi kepada mereka untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2020 Tokyo, Sukan Asia (2018) di Indonesia, Sukan Komanwel (2018) di Australia…saya yakin mereka mampu melakukannya.

“Ranking mereka semakin naik iaitu ketujuh di dunia dan kedudukan nombor satu dalam Siri Super Dunia, jadi tidak ada sebab mereka tidak mampu merangkul lebih banyak kejayaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kejurulatihan Kebangsaan 2016 di Seri Kembangan, dekat sini, hari ini.

V Shem-Wee Kiong meraih gelaran sulung Siri Super apabila memenangi Terbuka Denmark di Odense Sports Park, semalam menerusi kemenangan 14-21, 22-20, 21-19 ke atas beregu handalan Thailand, Bodin Isara-Nipitphon Phuangphuapet.

Ditanya mengenai kebangkitan mendadak pemain muda China dalam acara perseorangan lelaki sejak kebelakangan ini, beliau yakin badminton negara berada pada landasan tepat untuk menyaingi kuasa dunia itu menerusi prestasi cemerlang seperti yang ditunjukkan pada Sukan Olimpik Rio.

“Sekarang ini kita mempunyai banyak pelapis seperti beregu lelaki dan beregu campuran… ia berjalan seiring. Jangan beri tumpuan kepada perseorangan lelaki sahaja. Kita ada harapan baru seperti Goh Jin Wei dalam acara perseorangan wanita.

“Mungkin kita lihat perseorangan lelaki tidak ada kebangkitan di situ tetapi kita kena bagi masa. Yang lain seperti beregu lelaki dan sebagainya kita banyak pelapis, cuma kena ada konsistensi,” jelas Khairy. – BERNAMA

Tags: Goh V Shem-Tan Wee KiongKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd