• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Rakyat Malaysia Buka Pusat Pelacuran Di Batam Ditangkap

oleh Ahmad Albab
24/10/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BATAM (Indonesia) – Polis menyerbu satu pusat pelacuran yang berlindung di sebalik perniagaan spa dan rumah urut di sini dan menahan tujuh lelaki termasuk dua rakyat Malaysia yang dipercayai pemilik premis berkenaan, kata polis semalam.

Jurucakap polis, Herman Kelly berkata, polis menyerbu pusat spa yang dikenali sebagai Asmara 22 pada Khamis lalu selepas penduduk mengadu mengenai aktiviti mencurigakan di premis berkenaan.

Menurutnya, siasatan mendapati premis itu menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan.

“Suspek memberitahu aktiviti premis itu baru berjalan selama beberapa bulan,” katanya kepada portal Jakarta Post semalam.

Tujuh lelaki termasuk dua rakyat Malaysia itu ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti pelacuran berkenaan.

Dua rakyat Malaysia itu melabur sebanyak Rp300 juta (RM96,146) untuk memulakan perniagaan haram berkenaan.

Suspek warga tempatan pula mencari wanita untuk dijadikan pelacur dan mencari tempat untuk dijadikan pusat spa.

Tambahnya, setiap pelanggan dikenakan bayaran antara Rp600,000 (RM192) hingga Rp1.5 juta (RM480) untuk perkhidmatan itu.

Menurutnya, semua suspek didakwa mengikut undang-undang pemerdagangan manusia yang memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun. – Agensi/myMetro Online

Tags: Indonesiapusat pelacuran
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd