• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanifah Tak Minat Jadi Presiden FAS

oleh
23/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Penasihat baharu Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree tidak berminat menjadi presiden persatuan itu, sebaliknya mahu calon yang lebih sesuai diambil mengisi jawatan tersebut.

Bagi Hanifah, tidak semestinya beliau harus menjadi presiden bagi menyumbang, malah percaya banyak sumbangan yang masih boleh dilakukannya atas kapasiti sebagai penasihat persatuan itu.

“Apa yang paling penting ialah untuk memilih siapa yang paling layak untuk jawatan presiden demi Sarawak, FAS, pemain dan penyokong…tidak semestinya saya menjadi presiden,” kata Hanifah ketika ditemui selepas perlawanan Liga Super terakhir antara Sarawak dan PDRM di Stadium Negeri, Petra Jaya, semalam.

Menurut Hanifah, beliau cukup gembira dengan peranan yang dimainkannya ketika ini, seperti memberi nasihat dan menyumbangkan sesuatu yang boleh membantu pasukan bola sepak Sarawak serta memotivasikan pemain.

Katanya, banyak perkara yang perlu beliau fikirkan sebelum dapat menerima jawatan sebagai Presiden FAS.

“Kalau kita tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai presiden, itu pun satu dosa juga dari segi amanah,” tambahnya.

Hanifah merupakan anak bongsu kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang giat menjalankan aktiviti kebajikan di negeri itu terutama sebagai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Sarawak (PERKIS) yang diwarisi daripada ibunya, Allahyarham Puan Sri Hajah Laila Taib.

FAS sehingga ini masih belum mempunyai presiden selepas mantan penjawatnya, Datuk Sudarsono Osman tidak mempertahankan jawatannya, malah tiada calon yang bertanding jawatan berkenaan pada mesyuarat agung FAS pada 17 September lalu.

Sementara itu, Timbalan Presiden FAS Abdul Wahab Rahim berkata pemilihan presiden akan diadakan pada mesyuarat agung FAS pada Januari tahun depan.

Katanya, mengikut perlembagaan FAS mesyuarat agung boleh diadakan tiga bulan selepas mesyuarat agung yang terakhir dan pemilihan juga hanya boleh diadakan sewaktu mesyuarat itu.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada Hanifah akan dicalonkan untuk jawatan berkenaan. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemelut Politik Belum Berakhir, UMNO Negeri Sembilan Kekal Hilang Kepercayaan Terhadap Menteri Besar

Kemelut Politik Belum Berakhir, UMNO Negeri Sembilan Kekal Hilang Kepercayaan Terhadap Menteri Besar

06/05/2026
0

SEREMBAN - Kemelut politik di Negeri Sembilan dilihat masih belum menemui noktah apabila UMNO negeri itu menegaskan pendirian mereka kekal...

Agong Berangkat Ke Moscow Terima Jemputan Khas Kerajaan Russia

Agong Berangkat Ke Moscow Terima Jemputan Khas Kerajaan Russia

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Moscow di atas jemputan khas kerajaan Russia menjelang sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd