• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aduan Anjing Dibunuh, Diracun Semakin Meningkat

oleh Ahmad Albab
23/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Anjing jalanan sengaja diracun dan dibuang di beberapa kawasan di sini.

Empat ekor anjing ditemui mati di dalam longkang di Pasir Pinji baru-baru ini.

Dalam kes lain, lima ekor anjing ditemui dengan darah dalam mulut dan lidah terjeler berhampiran pasar basah Gunung Rapat, Jumaat.

“Mulut berlumuran darah dan lidah terjeler adalah tanda-tanda keracunan.

“Tidak ada tanda-tanda kecederaan fizikal,” kata Ketua Persatuan Bomba Komuniti Pekan Baru, Toh Ching Keat.

“Saya telah berdepan banyak kes keracunan di kawasan lain, termasuk Menglembu dan Ipoh Garden,” katanya pada sidang akhbar yang dianjurkan oleh Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA Perak Jimmy Loh, Jumaat.

Mengenai anjing mati yang ditemui di dalam longkang kira-kira dua minggu lalu, Loh berkata mereka cuba untuk membuang bangkainya tetapi hujan lebat menghalang tugas mereka.

“Air longkang melimpah, jadi kami tunggu sehingga hari berikutnya untuk mengalihkannya,” katanya.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Kenel Anjing Malaysia Lau Yit Meng berkata beliau sebelum ini telah mendapat aduan dan laporan kes pembunuhan tanpa belas kasihan ini, tetapi sekarang keadaan seolah-olah menjadi lebih teruk.

“Saya telah menerima lebih daripada 10 laporan dalam beberapa minggu lalu. Mereka yang mahu melepaskan haiwan peliharaan mereka harus menggunakan cara lain, bukan membunuh atau membuangnya,” katanya.

“Mungkin mereka boleh cuba jual haiwan itu di kedai-kedai haiwan peliharaan atau bertanya kepada pemilik dusun sama ada mereka memerlukan anjing pengawal,” katanya.

Loh berkata, rakyat Malaysia yang merancang untuk mempunyai haiwan kesayangan harus berfikir masak-masak tentang perkara itu kerana menjaga haiwan adalah satu tanggungjawab yang besar.

“Sebahagian daripada mereka hanya bergelar pencinta haiwan untuk sementara waktu sahaja. Apabila mereka bosan, mereka akan meninggalkan haiwan tersebut,” katanya.

Pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri, katanya, perlu memikirkan langkah yang lebih baik untuk mengurangkan kejadian haiwan yang tidak diingini dibuang. – mStar Online

Tags: anjing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

Aksi Wanita Melayu Peluk, Belai Anjing Ketika Sesi Temu Bual Cetus Polemik

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu rakaman video memaparkan seorang wanita Melayu bertudung memeluk sambil membelai seekor anjing ketika di temu bual...

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

PN Sudah Jadi PASiatan Nasional – Lokman Adam

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd