• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Selangor Gesa Jangan Pertikai Fatwa

oleh Ahmad Albab
07/11/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS Selangor meminta semua pemimpin PAS Selangor tidak mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan liberalisme dan pluralisme seperti yang dilakukan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A. Samad berkata, beliau akan melaporkan kepada PAS Pusat mengenai tindakan beberapa pemimpin PAS Selangor bersengkokol dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempersoalkan fatwa tersebut.

“Tindakan Ahli-Ahli Parlimen PAS tersebut telah dibuat tanpa berbincang dengan PAS Selangor walaupun kami mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat iaitu pada setiap pagi Rabu.

“Wakil-wakil rakyat tidak sepatutnya bertindak bersendirian kerana mereka bertanding di dalam piliharaya umum di atas tiket parti dan bukan tiket individu. Oleh yang demikian, tindakan mereka akan kami dilaporkan kepada PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Iskandar berkata, tindakan beberapa orang Ali Parlimen PAS mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan liberalisme dan pluralisme bukan pendirian PAS Selangor.

Justeru, beliau menafikan laporan media Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor turut mengkritik fatwa berkenaan.

“Kami juga melihat tindakan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa secara terbuka adalah satu tindakan yang tidak wajar. Ia akan membuka ruang untuk semua fatwa-fatwa dipertikaikan. Keadaan yang sedemikian sudah tentu akan mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam,” katanya. ‘

Anwar sebelum ini tidak bersetuju dengan tindakan mengharamkan SIS dan mengatakan pihak berkuasa agama seharusnya membenarkan perbezaan pandangan.

SIS minggu lalu memfailkan semakan kehakiman dan menamakan tiga responden, Jawatankuasa Fatwa‎ Negeri Selangor, Mais dan kerajaan Selangor kerana menuduh mereka mempromosikan liberalisme agama dan pluralisme yang bercanggah dengan Islam.

Fatwa Selangor pada Julai 2014 menggazetkan SIS dan mana-maana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman “liberalisme” dan “pluralisme” agama sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam. – mynewshub.cc

Tags: PASselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemaju di Selangor Perlu Serah Tanah 1.5 Ekar Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

Pemaju di Selangor Perlu Serah Tanah 1.5 Ekar Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

23/06/2026
0

SHAH ALAM - Pemaju di Selangor dikehendaki menyerahkan sebidang tanah (minimum 1.5 ekar) untuk diwartakan sebagai tanah keagamaan bagi rumah...

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

“Alhamdulilah. Allah Makbulkan Doa Kita Selama Ini” – Hantaran Akmal Saleh Cetus Tanda Tanya

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial yang memaparkan gambar beliau bersalaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd