• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Campak Ular Dalam Kolam, Jurulatih APM Disiasat

oleh Ahmad Albab
19/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang menyiasat tindakan empat jurulatihnya yang mencampak ular ke dalam kolam yang murid sekolah sedang menjalankan ujian bina diri.

Kolonel Pertahanan Awam Perak, Mohd Noor Hassan Ashari Sulaiman memberitahu Bernama pihaknya juga akan memanggil pembantu jurulatih untuk disoal siasat.

Beliau diminta mengulas mengenai rakaman video yang menjadi viral dan menerima kritikan netizen yang memperlihatkan beberapa murid menangis dan menjerit-jerit setelah dicampak ular semasa mereka menjalankan modul tersebut.

Rakaman itu juga menunjukkan beberapa anggota APM menyiram air dan menyergah murid untuk menguji keberanian mereka.

Seramai 45 murid dari sebuah sekolah rendah di Kuala Kangsar menyertai modul latihan berkenaan di perkarangan pejabat APM Kuala Kangsar.

Mohd Noor berkata pembelajaran modul itu yang dijalankan sejak hampir empat tahun lepas telah digantung serta merta sehingga siasatan lanjut mengenai kejadian itu selesai.

“Penggantungan dibuat bagi mengenal pasti sama ada terdapat pelanggaran operasi prosedur standard (SOP),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata penggunaan ular walaupun tidak berbisa, pertama kali dilakukan.

“Ia tidak boleh dipandang remeh. Hasil siasatan setakat ini mendapati jurulatih tersebut terpengaruh dengan modul latihan yang terdapat dalam YouTube.

“Biarpun semasa insiden itu, guru pengiring berada di tepi kolam dan mengakui pelajar mereka ceria selepas melalui modul itu, namun ia bukan dasar APM dan ia tidak dibenarkan,” katanya. – BERNAMA

Tags: APMular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

‘Setiap Kali Harga Diesel Naik 80 Sen Tak Lebih Tak Kurang, Eh, Biar Betul…” – Ka Siong

26/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan kenaikan harga diesel sebanyak tiga kali pada...

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

Penyamaran Hampir Sempurna: Awas ‘Ular Kapak’ Di Laluan Hutan

03/02/2026
0

Aktiviti mendaki bukit atau merentas hutan sememangnya memberi ketenangan dan kepuasan tersendiri. Namun, di sebalik keindahan alam, terdapat risiko yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd