• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin, Shafie Ke Blok Pembangkang Di Dewan Rakyat

oleh AK-47
17/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan perubahan kedudukan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Sebagai Anggota Parlimen Pagoh, Muhyiddin berpindah ke blok pembangkang H2 dan duduk bersebelahan Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohd Shafie yang juga Anggota Parlimen Semporna pula berpindah ke blok pembangkang G4 dan duduk bersebelahan Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dari PAS.

Sebelum ini, Muhyiddin dan Mohd Shafie duduk di Blok E.

Kedudukan mereka berubah setelah Muhyiddin dipecat daripada UMNO kerana melanggar disiplin parti sebelum beliau menyandang jawatan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mohd Shafie, yang digantung keahliannya daripada UMNO, mengumumkan keluar daripada parti itu pada Julai lepas sebelum menjadi presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang diambil alih dan dijenamakan semula.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee berkata keputusan untuk menentukan kedudukan di dalam Dewan Rakyat adalah mengikut pertimbangan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 2 (3) kerusi-kerusi akan ditentukan mengikut timbangan Tuan Yang Dipertua dan keputusannya adalah muktamad,” katanya. – BERNAMA

Tags: Muhyiddin YassinpolitikShafie Apdal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

Penyatuan Ummah Bukan Payah ‘Benau’

10/09/2026
0

SAHABAT orang Melaka kata Penyatuan Ummah bukan payah ‘benau’. UMNO dan PAS umum sahaja jalin kerjasama politik, maka terjadilah Penyatuan...

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd