• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga Hoki Malaysia: Johor Bakal Ada Pasukan Hoki

oleh AK-47
17/10/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Persatuan Hoki Johor dalam persiapan menubuhkan sebuah pasukan hokinya sendiri bagi membolehkan ia bertanding di Liga Hoki Malaysia (MHL) pada musim depan.

Presidennya Datuk Md Jais Sarday berkata ketika ini, sudah terdapat 40 anak jati Johor yang rata-ratanya berusia bawah 18 tahun, tersenarai bagi membarisi pasukan itu.

Menurutnya, penubuhan pasukan ini adalah peluang penting untuk pihaknya mendedahkan anak-anak muda kepada lebih banyak pengalaman, sebelum Johor menghoskan Sukan Malaysia (Sukma) pada 2020.

“Kita tidak sasarkan untuk mereka menang atau berada di tangga ketiga atau kelima teratas MHL.

Cukup sekadar untuk memberi pendedahan dahulu,” kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri.

Md Jais berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2016 (SOJC) kali keenam, di sini hari ini.

Ia disempurnakan oleh Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim dan turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Md Jais berkata pada ketika ini, persatuan belum menetapkan nama khusus untuk pasukan itu, namun apa yang pasti pelancaran pasukan akan dibuat sebelum Februari depan.

“Sempena penubuhannya, kita turut mengalu-alukan mana-mana pemain hoki Johor yang sedang bersama dengan kelab-kelab lain agar menyertai pasukan ini, meskipun

kita tahu tahap pencapaian mereka sudah berbeza,” katanya.

Mengenai kejohanan hoki SOJC, Md Jais berkata sebanyak RM1.45 juta tajaan telah berjaya dikumpul bagi menjayakan penganjurannya.

Penaja terbesar adalah kerajaan negeri dengan sumbangan RM500,000; diikuti Astaka Padu (RM200,000); Johor Corporation, Tenaga Nasional Berhad, UM Land, Yayasan Harmoni dan JBB Builder masing-masing RM100,000 dan Iskandar Waterfront, UniKL, SAJ Holdings Berhad, BCB Berhad dan Malakoff masing-masing sebanyak RM50,000.

Kejohanan disertai enam pasukan dari Pakistan, Australia, New Zealand, Malaysia, England dan Jepun itu akan berlangsung mulai 31 Oktober ini hingga 6 November di Stadium Hoki Taman Daya, di sini. – BERNAMA

Tags: hokiJohor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

Kerajaan Johor Isytihar Cuti Peristiwa Esok, Penghargaan Kepada Bangsa Johor

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengisytiharkan esok Hari Cuti Peristiwa Negeri Johor sebagai tanda penghargaan kepada seluruh Bangsa Johor yang...

DAP Hilang Empat Kerusi, PKR Dan Amanah Masing-Masing Hanya Menang Satu Kerusi

DAP Hilang Empat Kerusi, PKR Dan Amanah Masing-Masing Hanya Menang Satu Kerusi

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) mengalami kemerosotan ketara dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor apabila parti komponen utamanya, DAP,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd