• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Pertimbang Pendekatan Baharu Pengangkutan Awam

oleh Ahmad Albab
16/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Johor sedang mempertimbang untuk memperkenal pendekatan baharu dalam memperbaiki serta memantapkan sistem pengangkutan awamnya.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pendekatan itu antaranya ialah menyekat kenderaan berat masuk ke kawasan tertentu di bandar, serta mencadangkan laluan khas kepada pengangkutan tersebut di jalan berkepadatan tinggi.

Beliau berkata pihaknya juga berhasrat untuk memperkenalkan penggunaan kaedah pengangkutan lain bagi tujuan pengiriman barang seperti keretapi yang didapati lebih murah dan mesra alam berbanding penggunaan lori.

Langkah lain pula ialah mungkin mewujudkan rangkaian koridor pengangkutan berat dan sistem mobiliti barangan (E-logistik) bagi memajukan operasi sistem logistik yang lebih cekap, serta memperkenalkan konsep logistik bandaran bagi mengurangkan tahap kesesakan trafik di pusat bandar, katanya.

“Kalau kita tidak buat begitu, pengangkutan akan terus menggunakan mod seperti lori dan ini akan menyumbang kepada kesesakan jalan, jambatan retak dan malah memaksa kita kena kerap menyelenggara jalan.

“Oleh itu untuk pendekatan menyekat kemaskan lori, Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) boleh melakukan kajian mengenai waktu kesesakan di bandar.

“Apabila sudah siap, mereka perlu berjumpa dengan para pemain industri dan memaklumkan tentang kajian mereka,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Terminal Bas dan Teksi Gelang Patah dan pelancaran perkhidmatan Bas TransJohor dan Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Johor, di sini hari ini.

Terminal bas berkeluasan 1.7 ekar itu mula dibina pada 1 Sept 2014 dengan kos keseluruhan RM6.8 juta dan siap sepenuhnya pada 2 Ogos lalu.

Ia juga berada dalam lingkungan kemudahan utama seperti klinik kesihatan, sekolah, bank dan balai polis yang sekali gus turut menjadikan ia sebagai pusat transit daripada Gelang Patah ke Singapura, pusat dan kawasan sekitarnya. – BERNAMA

Tags: JohorPengangkutan Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Program Jualan Rahmah di Bawa Ke Kawasan Parlimen Kulai

Program Jualan Rahmah di Bawa Ke Kawasan Parlimen Kulai

11/06/2026
0

KULAI – Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching memaklumkan Program Jualan Rahmah akan diadakan di daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd