• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Warta Hampir 100,000 Hektar Hutan Simpan Kekal

oleh Ahmad Albab
15/10/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Seluas 997,604 hektar hutan di Perak diwartakan sebagai kawasan Hutan Simpan Kekal setakat bulan lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 42,223 hektar hutan dikategorikan sebagai Hutan Simpanan Kekal Paya Laut meningkat berbanding 41,616 hektar sebelum ini.

“Keluasan Hutan Simpanan Kekal Paya Laut mencatat pertambahan selepas kerajaan negeri mewartakan sebahagian kawasan di daerah Kinta dan Manjung seluas 616 hektar sebagai Hutan Simpan Lekir tahun lepas,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Jambatan Ilmu dan penanaman 10,000 anak pokok bakau di di Parit Haji Dollah, Lekir di sini hari ini.

Menurut Nolee Ashilin, pertambahan keluasan hutan itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memelihara dan memulihara khazanah hutan bagi kepentingan rakyat dan alam semula jadi.

Jelasnya, sejak tahun 2005, kerajaan negeri telah menanam lebih 14 juta pokok bakau dan spesis bersesuaian di kawasan paya laut serta pesisiran pantai membabitkan kawasan seluas 3,710 hektar di seluruh Perak.

Menurut Nolee Ashilin, program penanaman itu disokong kerajaan Persekutuan yang menyalurkan peruntukan RM143,000 melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia kepada Pejabat Perhutanan Negeri Perak.

Sementara itu, Pegawai Daerah Manjung, Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata pihaknya sentiasa memberi perhatian kepada kepentingan memperluaskan lagi aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan paya bakau di daerah itu.

Beliau kecewa kerana ada pihak-pihak tertentu seolah-olah menyalahkan pihaknya jika ada kawasan hutan dimusnahkan, tanpa terlebih dahulu menyemak fakta dan maklumat sebenar.

“Saya ingin tegaskan pihak kami sering membuat penelitian mendalam dan tiada sebarang unsur pemusnahan hutan berlaku di kawasan ini (daerah Manjung),” katanya. – BERNAMA

Tags: hutan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PPS Bertambah, 1,813 Mangsa Dipindahkan Di Kedah

Kes Bunuh Warga Sri Lanka: 2 Suspek Dicekup Sembunyi Dalam Hutan

28/09/2023
0

KUALA LUMPUR: Dua suspek dikehendaki berhubung kejadian bunuh tiga warga Sri Lanka Khamis lalu ditahan ketika bersembunyi di dalam hutan...

Merajuk Lari Ke Dalam Hutan, Kanak-kanak 11 Tahun Ditemukan Selamat

Merajuk Lari Ke Dalam Hutan, Kanak-kanak 11 Tahun Ditemukan Selamat

11/07/2023
0

KOTA BELUD: Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang semasa melarikan diri ke dalam hutan di Kampung Dudar ditemukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd