• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA: Lebih 30 Permohanan Bantah Sempadan Semula

oleh Ahmad Albab
14/10/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – MCA menerima lebih 30 permohonan bantahan terhadap cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga tarikh bantahan yang berakhir hari ini.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lebih 10 permohonan bantahan adalah dari negeri Selangor dan selebihnya daripada negeri-negeri lain.

Katanya, semua bantahan tersebut akan dikemukakan kepada SPR bersama cadangan-cadangan bagi penambahbaikan.

“Kita akan pastikan cadangan itu akan memberikan kebaikan kepada semua pihak.

“Bagaimanapun MCA dan parti komponen (Barisan Nasional) lain termasuk UMNO telah berbincang dan bersetuju dengan cadangan-cadangan yang dikemukakan dan ia akan dihantar kepada SPR sebaik sahaja tamat tempoh bantahan (hari ini),”

katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA, Pemuda dan Wanita Terengganu, di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi MCA negeri Datuk Toh Chia Yau.

Ditanya mengenai kandungan cadangan tersebut, Liow berkata ia hanya akan diketahui apabila SPR membuat pengumuman mengenainya kelak.

Syor persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR mendapat bantahan beberapa pihak sebelum ini termasuk parti komponen BN. – BERNAMA

Tags: MCAPersempadanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Orang Melayu Lebih Takut Hantu Berbanding Orang Jahat – Aktivis PH

Orang Melayu Lebih Takut Hantu Berbanding Orang Jahat – Aktivis PH

14/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial dan pengulas politik pro Pakatan Harapan (PH), Ahmad Faizuddin mendakwa orang Melayu lebih takut...

Legenda Badminton Negara Lee Chong Wei Hadir Beri Sokongan Kepada Calon BN DUN Layang-Layang

Legenda Badminton Negara Lee Chong Wei Hadir Beri Sokongan Kepada Calon BN DUN Layang-Layang

10/07/2026
0

KLUANG - Legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei hadir memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) di Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd